MUTAKHiR

Selasa, Disember 15, 2009

Penyakit Gila atau Skizofrenia boleh dirawat

Gambar hiasan

Kisah “Derita budak halusinasi” ini saya petik dari sumber HMetro 2009/12/11.

IMAGINASI kanak-kanak memang tiada had sempadan. Ada yang gemar tampil dengan pakaian super hero kegemaran atau berangan menjadi puteri. Namun, tidak semua imaginasi itu bagus untuk proses pembesaran kanak-kanak kerana ada ketikanya halusinasi itu mampu mendorong kepada kelakuan yang menakutkan. Bagi, pasangan Michael dan Susan Schofield, mereka tahu bagaimana penyakit mental mampu merosakkan kehidupan indah seorang kanak-kanak. Anak mereka, January ‘ Jani’, 7, disahkan mengidap penyakit schizophrenia yang amat jarang ditemui pada kanak-kanak.

Berdasarkan Institut Kesihatan Mental Kebangsaan Amerika Syarikat (AS), schizophrenia adalah satu penyakit kerosakan otak yang menyebabkan penghidapnya mendengar suara ghaib dan menyalah anggap kehidupan realiti. Dalam sesetengah kes, pesakit turut menganggap masyarakat sekeliling merancang untuk memusnahkan mereka dan akhirnya berlaku kemurungan dan kelakuan yang luar biasa.


Michael yang juga seorang profesor bahasa Inggeris di sebuah kolej berkata, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Jani ‘bertemu’ lebih 200 jenis kucing, anjing, burung dan kanak-kanak kecil yang anaknya saja boleh melihatnya. Sejak hari pertama Jani dilahirkan, Michael berkata dia dan Susan mengesan sesuatu luar biasa pada anak sulungnya. Deria Jani lebih bijak berbanding bayi seusia dengannya dan anaknya itu mempunyai tabiat tidur yang berlainan.


“Kebanyakan bayi tidur kira-kira 16 jam sehari tetapi Jani hanya tidur sekitar 20 minit setiap kali ditidurkan. Ia menyebabkan Jani hanya tidur empat jam saja sehari,” katanya.
Selain itu, apabila usianya mencecah dua tahun, Jani menggelarkan dirinya dengan pelbagai nama termasuk Blue-Eyed Tree Frog serta Jani Firefly. Imaginasi Jani juga semakin kuat daripada tahun ke tahun dan ketika umurnya mencecah lima tahun, kelakuannya semakin berbahaya serta sukar dikawal.

“Jani akan mencakar badannya sehingga keluar darah. Dia cuba mencakar muka saya dan mengeluarkan mata. Tetapi beberapa saat kemudian, Jani kembali normal dan berkelakuan seperti tiada apa yang berlaku. Kelakuan Jani memang menakutkan tetapi saya dan isteri perlu sentiasa berwaspada memandangkan Jani kini mempunyai adik lelaki, Bodhi,” katanya.


Jani pernah memberitahu kepada mereka mengenai haiwan imaginasinya bernama Wednesday dan 400 yang menyuruh dirinya untuk memukul sesuatu. Seandainya Jani enggan, haiwan itu dikatakan akan mencakar serta menggigitnya. Susan berkata, dia dan suaminya pernah menemui Jani yang cuba terjun daripada tingkap biliknya kerana marah dihukum berada dalam biliknya. Namun, Jani seorang kanak-kanak yang pintar dan amat meminati Sains serta Matematik.


“Jani pernah diuji dan markah tahap kecerdasannya ialah 146. Ia ternyata amat mengejutkan kami,” katanya.
Antara Januari hingga Ogos tahun ini, Jani dimasukkan ke wad psikiatrik Pusat Perubatan UCLA sebanyak tiga kali selama 174 hari. Pakar, Dr Mark DeAntonio berkata, kes seperti itu amat jarang dijumpai pada kanak-kanak seusia dengan Jani.


“Keadaan yang dialami Jani amat menakutkan dan mengganggu proses pembesarannya. Penyakit itu mungkin satu dijumpai dalam tempoh 20 tahun,” katanya. Penyakit itu memang sukar untuk diubati tetapi doktor masih berusaha mengawal kelakuan luar biasanya dengan memberi ubat kuat.

“Jani mengambil 200 miligram (mg) Clozaril dan 600 mg litium setiap hari. Ubat itu amat kuat untuk mengawal otaknya kerana Clozaril adalah penyelesaian terakhir bagi pengidap Schizohrenia dewasa,” kata doktor. Biarpun mengambil ubat, kelakuan Jani tetap sukar dikawal. Justeru, mereka terpaksa memisahkan Jani dari adiknya.


“Kami sukar melelapkan mata tanpa memikirkan keselamatan Bodhi kerana Jani boleh menyerangnya pada bila-bila masa,” katanya. Bagi memberi peluang kepada anaknya itu untuk menikmati kehidupan yang normal, mereka menghantar Jani ke sekolah awam yang menyediakan guru khas.


“Jani tidak berkawan dengan kanak-kanak lain seperti yang kami harapkan kerana dia hanya bermain dengan haiwan imaginasinya iaitu seekor cicak bernama Spikes. Sebagai ibu bapa, kami tidak akan berputus asa mengubati penyakit Jani,” katanya. Masalah Jani menyebabkan hubungan Michael dan Susan retak.

“Pernah saya memikirkan untuk menamatkan semua ini dengan cepat kerana sudah tidak tahan. Saya pernah cuba membunuh diri dengan mengambil ubat penenang,” katanya.


Sementara itu, kisah keluarga ini turut menarik perhatian selebriti terkenal, Oprah Winfrey yang sanggup terbang daripada California untuk menghabiskan masa sepetang bersama keluarga berkenaan. Selepas sejam, Oprah mengakui dia tidak mempunyai kesabaran dan ketabahan seperti yang dimiliki pasangan itu.

“Saya tertanya-tanya bagaimana pasangan ini dapat melaluinya sejak bertahun-tahun sedangkan untuk sejam pun saya tidak tahan menjaganya. Itulah istimewanya hubungan ibu bapa dan anak. Apa yang menggembirakan saya ialah pasangan Michael dan Susan berjanji untuk menjaga Jani sebaik mungkin,” kata Oprah dalam rancangan bual bicaranya, baru-baru ini.


*** TAMAT PETIKAN ***



Penyakit Gila atau Skizofrenia boleh dirawat

Menurut Dato’ Dr Noor Laily (NURY), penyakit ini sebenarnya disebabkan oleh kecederaan otak yang terjadi kepada seseorang selepas umur empat hingga lima tahun, di waktu umur remaja atau yang telah melalui beberapa kali kecederaan di kepala seperti jatuh dari pokok, jatuh motosikal dan sebagainya. Tanda-tandanya seperti anak kecil yang mengalami masalah yang dikenali ramai sebagai autisma.

Orang yang dikatakan gila ini biasanya tidak boleh diduga perangainya. Ada kalanya hiperaktif, melompat ke sini, ke sana menjerit, memukul, merosakkan diri atau barang-barang atau binatang. Ada kalanya pula dia berdiam diri dan masuk ke alamnya sendiri dan tidak mahu bercakap dan kadang-kadang menangis atau ketawa tanpa berhenti. Mereka juga bercakap seorang diri atau berlaku seolah-olah ada orang melayani mereka. Atas sebab itulah dia di anggap orang gila. Dalam bahasa saintifiknya, keadaan ini diberi nama ‘skizofrenia’. Selain kecederaan otak yang mungkin telah wujud dari lahir lagi tetapi tidak teruk, penyakit ini boleh terserlah bila seseorang itu mengalami tekanan atau stres yang amat teruk.

Menurut Dato’ Dr Noor Laily, beliau pernah merawat beberapa orang pesakit ‘skizofrenia’ ini. Ada seorang pesakit yang bermula dengan hanya tidak boleh tidur dan keadaan ini melarat sehingga tidak mahu makan atau sering berdiam diri. Ada satu lagi kes pula, pesakit tidak mahu ibu atau bapanya datang mendekati dan akan menyebut ‘busuk’, ‘pergi’ dan meludah muka mereka. Hanya orang-orang yang tertentu sahaja yang boleh mendekatinya. Seorang lain pula, bermula dengan menjert-jerit, selepas itu dia akan lari dari rumah dan pergi merayau-rayau tanpa makan atau minum berhari-hari sehingga dijumpai oleh ibu atau bapanya.

Punca penyakit ‘skizofrenia’

Selain daripada kecederaan otak seperti yang dinyatakan di atas, faktor baka atau keturunan juga boleh memainkan peranan. Walau bagaimanapun, tidak dalam semua kes yang dirawat Dato’ Dr Noor Laily berpunca daripada faktor baka atau keturunan. Biasanya kes-kes seperti ini akan dihantar ke pusat-pusat seperti di Tanjung Rambutan dan mereka akan bercampur dengan orang-orang yang bermasalah sama dengan mereka. Mereka ini biasanya dirawat dengan dadah atau kadang-kala juga dengan berbagai hukuman atau deraan yang akan memburukkan lagi keadaan. Oleh itu ada yang tinggal di hospital gila ini hingga akhir hayat mereka.

Menurut Dato’ Dr Noor Laily, sebenarnya orang seperti ini boleh dirawat. Beliau biasanya merawat ibu bapa atau isteri atau suami atau ahli-ahli keluarga berkenaan dengan meminta mereka menyertai kursus NURY selama dua hari dan setelah itu beliau akan memeriksa mereka yang berkenaan dan memberi lima program yang amat penting untuk memulihkan otak yang telah cedera. Program ini mesti mendapat sokongan penuh semua ahli keluarga dan dilaksanakan secara konsisten dengan beberapa cara iaitu :

  1. Bekalan oksigen yang cukup kepada otak mengaktifkan semula sistem pernafasan melalui beberapa latihan tertentu. Latihan ini juga akan memulihkan otak yang telah cedera.
  2. Menentukan makanan dan minuman yang tidak menambahkan lagi keadaan tekanan ini. Ini bermakna mereka mesti mengikut menu yang dicadangkan oleh NURY dan meninggalkan makanan dan minuman yang diistilahkan sebagai makanan dan minuman dera diri, iaitu makanan yang mengandungi terlalu banyak bahan-bahan yang dibuat dari tepung gandum, gula pasir, susu lembu (boleh makan dalam bentuk dadih atau yogurt) dan yang mengandungi perasa, penahan dan pewarna, dan makanan yang digoreng.
  3. Kekurangan vitamin dan galian akan ditambah dengan menasihatkan ibu bapa atau yang berkenaan memberi vitamin dan galian tambahan secara kosisten.
  4. Keadaan sosio-emosi dalam persekitaran yang memberi pesakit itu rasa tenteram, selamat dan disayangi termasuk cara bertutur, senyuman nada dan suara dan sering mengusap dan memeluknya.
  5. Keadaan kesihatannya mestilah dijaga dan sekiranya anak atau orang itu telah diberi pelbagai jenis dadah, Dato’ Dr Noor Laily mencadangkan ia dikurangkan satu persatu mengikut jadual yang dipersetujui oleh kedua-dua ibu bapa atau orang yang berkenaan.

Keadaan kesihatan pesakit perlu dipantau melalui pemeriksaan fizikalnya dan juga melalui pemeriksaan darah dan air kencing antara lainnya. Kedua-dua ibu bapa atau orang yang berkenaan mestilah juga dirawat serentak supaya mereka faham dan boleh memberi kerjasama dan yakin dengan apa yang mesti mereka lakukan dan dinasihatkan banyak berdoa dan menyempurnakan solat.

Menurut Dato’ Dr Noor Laily, alhamdulillah dengan izin Allah, ramai pesakit seperti ini juga anak-anak yang diberi nama Autistik dapat dibawa balik ke alam normal dan terus berjuang dalam hidup mereka. Malah mereka menjadi orang-orang yang berdisiplin dan pandai pula menguruskan keluarganya sendiri dan ada yang telah sampai belajar ke pringkat universiti.

Dato’ Dr Noor Laily boleh dihubungi di :

Institut Pembangunan Keluarga & Kanak-kanak NURY,
No. 9 & 11, Lorong Wangsa 5A,
Off Jalan Wangsa 5,
Bukit Antarabangsa,
68000 Ampang,
Selangor Darul Ehsan.

Talipon : 03-4107 5487/79

Semoga bermanafaat.

Isnin, Disember 14, 2009

Panduan berkomunikasi dengan anak


Salam,

Dalam entry lepas, saya kongsikan Melayan anak kecil yang suka bertanya. Kali ini kita lihat pula panduan berkomunikasi dengan anak-anak oleh Dato’ Dr Noor Laily Dato’ Abu Bakar.

Anak belajar menerima maklumat daripada orang yang telah dewasa. Orang dewasa mengisi otak anak yang masih kosong dengan ilmu dan kemahiran. Anak belajar kerana otaknya belajar. Otak yang belajar akan membangun. Saluran anak belajar adalah dengan pancainderanya iaitu lihat, dengar, sentuh, bau dan cita rasa.

Melalui lima saluran ini, anak belajar dengan keadaan sedar. Tetapi serentak dengan keadaan sedar itu, ada juga faktor yang dikatakan tidak sedar atau ‘unconscious’. Kajian menunjukkan 85% dari cara anak kecil belajar ialah berasaskan faktor ‘unconcious’ ini iaitu berasaskan emosi dan daya intiut atau daya firasatnya.

Dengan itu anak akan menerima apa sahaja maklumat yang dia terima melalui pancaindera lihat, dengar, sentuh, bau dan cita rasa. Sekiranya penerimaan maklumat ini dikaitkan dengan perasaan ikhlas dan gembira, anak akan menyimpan maklumat yang dipelajari bersama perasaannya secara serentak.

Sekiranya penerimaan maklumat ini diberikan berulang-kali, maklumat itu akan menjadi kekal di dalam ingatannya. Sekiranya maklumat diterimanya dengan rasa gembira dan memberinya rasa tenteram dan disayangi, anak akan merasa minat terhadap perkara yang dia belajar. Sekiranya hal itu berlaku setiap kali, anak akan minat belajar perkara-perkara baru. Pengalaman itu akan mewujudkan rasa gembira, tenteram dan selamat. Anak akan minat belajar dan minat kepada ilmu, suka meneroka, suka mencuba dan dengan itu sentiasa kagum dengan persekitarannya dan suka bertanya apa, mengapa dan bagaimana.

Sebaliknya jika anak sentiasa ditahan, dimarahi atau dikritik, maka anak akan rasa tidak tenteram, tidak selamat dan terancam. Anak itu akan tidak minat belajar, benci kepada ilmu dan sentiasa mencari jalan untuk melawan balik dunianya yang kejam dan menyakitinya.

Ada pula anak yang lari dari keadaan-keadaan ini dengan menunjukkan tabiat tidak minat terhadap semua perkara, tidak peduli datau masuk terus ke alamnya sendiri dan tidak memperdulikan lagi dunia sekelilingnya.

Panduan yang boleh diikuti

Oleh itu, cara kita berkomunikasi dengan anak-anak sebenarnya amat penting. Ada beberapa panduan yang boleh kita ikuti seperti :

1. Apabila bercakap dengan anak tentukan anak melihat mata kita dan kita melihat mata anak dengan menggunakan teknik mata ebrtemu mata, tidak kira berapa umurnya. Malahan teknik ini seelok-eloknya diamalkan dari usia/masa anak itu kecil lagi.

2. Air muka dengan gerak-geri yang digunakan mestilah mewujudkan suasana tenteram, selamat dan disayangi.

3. Perkataan yang digunakan dengan tujuan untuk :
  • menyampaikan rasa sayang
  • meningkatkan silaturrahim
  • melafazkan kesyukuran
  • menyampaikan ilmu

4. Elakkan perkataan-perkataan yang menjatuhkan air mukanya, kerana ia boleh menyebabkan anak berasa tidak selamat, tidak disayangi, marah atau terancam. Semua in mesti dielakkan sama sekali.

5. Beri peluang anak bercakap dan apabila dia bercakap, kita mestilah mendengar dengan penuh ceria dan empati.

6. Jangan timbulkan rasa prejudis terhadap anak.

7. Sentiasa mewujudkan suasana anak boleh mempercayai kita dan kita juga mempercayainya.

8. Beri dia galakan dan rangsangan.

9. Jangan menuduh dan menyumpah dengan perkataan negatif seperti jahat, degil, bodoh dan lain-lain.

10. Wujudkan rasa selamat, tenteram dan disayangi.

11. Segala nasihat dan teguran yang diberikan mestilah yang membina dan yang tidak menjatuhkan maruah anak itu.

12. Teguran atau pujian mestilah diarahkan kepada perbuatannya dan bukan personalitinya.

13. Ibu bapa dan penjaga juga mesti menjadi contoh teladan.

Sekiranya ibu bapa boleh mengikut panduan ini, insya Allah, kita akan dapat meningkatkan motivasi anak belajar dan meneroka dunia yang luas serta kaya dengan ilmu. Mudah-mudahan usaha-usaha itu akan membolehkan dia hidup bahagia di dalam dunia yang lebih mencabar daripada dunia waktu ibu bapa kecil dahulu dan dunia sekarang ini.

Sumber : Dato’ Dr Noor Laily Dato’ Abu Bakar – NURY

Ahad, Disember 13, 2009

Celaru jantina

Oleh Mohd Fadly Samsudin
fadly@hmetro.com.my


SETIAP suami isteri pasti mengimpikan zuriat yang lahir seorang bayi sempurna, comel, bijak dan sihat. Maha Suci Allah yang menjadikan manusia itu sebaik-baik kejadian.

SETIAP suami isteri pasti mengimpikan zuriat yang lahir seorang bayi sempurna, comel, bijak dan sihat. Maha Suci Allah yang menjadikan manusia itu sebaik-baik kejadian. Namun, manusia hanya mampu merancang dan Allahsentiasa menguji hamba-Nya dengan sesuatu kekurangan bagi menilai tahap kesabaran dan kekuatan iman mereka.

Satu daripadanya adalah Allah SWT ciptakan bayi yang baru lahir memiliki dua ciri jantina atau lebih dikenali sebagai khunsa. Malah, khunsa bukan terhad kepada manusia, malah ia turut berlaku kepada hidupan lain seperti siput, kerang dan ikan kerapu yang memiliki dua jantina bagi proses pembiakan.

Kita perlu yakin setiap ciptaan Allah mempunyai hikmah tersembunyi dan ia fitrah yang membuktikan kekuasaan, kebesaran serta keagungan-Nya. Jarang masyarakat mahu membincangkan secara terbuka isu khunsa kerana ia membabitkan maruah, aib dan tabu apatah lagi jika ibu bapa memiliki anak sedemikian. Namun, insan yang dilahirkan sebagai khunsa juga makhluk Allah dan mereka berhak untuk menikmati nikmat serta rezeki Yang Maha Esa.

Khunsa dalam bahasa Arab bererti lembut. Istilah yang sering digunakan dalam bahasa Melayu merujuk kepada golongan kaum yang lembut atau pondan. Pondan pula merujuk kepada lelaki yang memiliki sifat wanita terutama dalam penampilan dan ada yang sanggup merubah kejadian asal dengan membuat pembedahan bagi memiliki organ wanita (payudara dan alat sulit).

Ada riwayat peristiwa khunsa ketika zaman pemerintahan Khalifah Saidina Ali yang menggemparkan masyarakat ketika itu apabila seorang lelaki berkahwin dengan seorang wanita khunsa iaitu memiliki dua alat kelamin.

Selepas berkahwin, si suami menghadiahkan isterinya seorang jariah (pembantu). Hasil perkahwinan itu, wanita khunsa berkenaan melahirkan zuriat. Namun, wanita khunsa itu timbul pula berahi kepada jariahnya lalu menyetubuhinya sehingga jariah itu melahirkan anak.

Masyarakat amat terkejut dengan kejadian itu dan menyampaikan berita kepada Saidina Ali. Baginda menghantar pakar bagi mengesahkan jantina wanita khunsa itu. Pengesahan itu membuktikan kedua-dua alat kelamin wanita khunsa berkenaan berfungsi. Dia mengalami haid seperti perempuan dan keluar mani dari zakarnya. Ini bermakna wanita khunsa itu boleh dijimak suaminya dan dia dapat menjimak jariahnya.

Namun, Saidina Ali tidak berputus asa bagi mengenal pasti jantina wanita khunsa itu kerana mahu menyelesaikan masalah yang menimpa pasangan terbabit dan menjadi pengajaran kepada umat Islam. Lalu, baginda menghantar pakar menghitung tulang rusuk wanita itu. Ini amat tepat sesuai kepada ketentuan Allah yang menjadikan Hawa dengan mengambil satu tulang rusuk sebelah kiri nabi Adam.

Hasilnya, Saidina Ali membuat keputusan wanita khunsa itu adalah lelaki lalu memisahkan perkahwinan dengan suaminya kerana dianggap tidak sah.

Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (Ilim), Zamihan Mat Zain, berkata pengajaran daripada riwayat itu ibu bapa patut berbincang dengan pakar perubatan jika mendapati anak mereka dilahirkan khunsa.

"Dalam Islam, khunsa merujuk kepada seseorang yang dilahirkan secara semula jadi yang diragui jantinanya sama ada mempunyai dua alat kelamin, tiada langsung atau ada alat kelamin lelaki, tetapi batinnya perempuan atau sebaliknya. Jalan terbaik ibu bapa perlu reda dan meminta doktor perubatan mengesahkan jantina bayi mereka sebelum melakukan pembedahan membuang satu alat kelamin itu," katanya.

Beliau berkata, keputusan itu perlu dibuat supaya tidak timbul masalah di kemudian hari terutama yang membabitkan masalah perkahwinan, pendaftaran kelahiran dan proses membezakan lelaki dan wanita.

"Jika khunsa itu menjalani pemeriksaan perubatan dan mengetahui organ seks yang mana yang berfungsi, maka dia tidak boleh pula menyalahkan naluri dan perasaan untuk menjadi individu yang bertentangan dengan jantinanya. Itu sebab berlaku masalah besar, si lelaki yang ingin menukar jantina kepada wanita," katanya.

Katanya, khunsa terbahagi kepada dua jenis iaitu

  1. khunsa musykil (khunsa yang diragui) dan
  2. khunsa ghair musykil (khunsa yang tidak diragui)


Khunsa musykil adalah individu yang tidak diketahui langsung jantinanya disebabkan tiada sebarang tanda-tanda yang boleh diklasifikasikan lelaki atau perempuan. Manakala khunsa ghair musykil pula ialah individu yang dapat dipastikan jantina melalui tanda-tanda seperti datang haid dan dari saluran mana air kencingnya keluar.

"Bagi khunsa yang datang haid, dia adalah seorang wanita dan jika air kencingnya keluar melalui zakar bermakna dia lelaki atau jika melalui faraj, dia wanita," katanya.
Mengikut hukum syarak, khunsa ghair musykil harus berkahwin, tetapi khunsa musykil diharamkan berkahwin.

Jika khunsa ghair musykil seorang lelaki, maka pasangannya mestilah seorang perempuan. Manakala jika khunsa itu seorang perempuan, pasangannya adalah seorang lelaki. Malah, harus bagi individu (khunsa ghair musykil) memotong atau membuang salah satu alat kemaluannya yang tidak berfungsi bagi tujuan persetubuhan atau membuang air kecil.

"Jika khunsa itu menjalani pemeriksaan perubatan dan mengetahui organ seks yang mana berfungsi, dia tidak boleh menyalahkan naluri dan perasan untuk menjadi individu yang bertentangan dengan jantinanya," katanya.

Beliau berkata, golongan ini biasanya menyalahkan takdir dan mengatakan mereka memang dilahirkan sedemikian serta tidak mampu berubah lagi. Tanggapan sedemikian salah kerana Allah mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian. Usaha mereka bagi merubah kejadian asalnya adalah haram kerana bertentangan dengan ajaran agama.

"Golongan ini digelar mukhannas, mak nyah atau pondan. Khunsa dan pondan adalah dua istilah berbeza kerana khunsa dilahirkan mempunyai dua alat kelamin manakala pondan atau mak nyah sengaja melakukan perubahan bentuk fizikal dari lelaki kepada wanita," katanya.

Katanya, golongan pondan atau mak nyah perlu bertaubat dan tidak melayani naluri songsang mereka.

"Mereka tidak perlu mengeluarkan wang yang banyak untuk melakukan pembedahan payudara atau faraj kerana hakikatnya mereka adalah lelaki. Masyarakat perlu memperbetulkan pandangan terhadap mereka yang dilahirkan khunsa dan golongan pondan secara adil," katanya.

Sumber : HMetro

Sabtu, Disember 12, 2009

Mengapa susu ibu adalah yang terbaik

Assalamualaikum warahmatullah…

Saya sering ditanya dan membaca soalan begini : “Susu apakah yang sesuai untuk bayi?” atau “Susu brand apa yang bagus untuk baby?” dan yang sewaktu dengannya.... Soalan ini seakan-akan soalan wajib bagi ibu-ibu yang keliru untuk membeli susu formula yang berlambakkan di pasaran. Jika kita lihat perang iklan di antara brand A dan brand B, mereka tidak segan-silu menyatakan brand merekalah yang terbagus di pasaran dan tidak kurang juga ada yang membanding-bandingkan kandungan susu keluaran mereka dengan brand lain dan macam-macam lagi. Jika kita pergi ke pasaraya pula, promoter susu formula berlumba-lumba mempromosikan susu brand masing-masing, seolah-olah mereka menjual susu yang terbagus di dunia!

Selalunya soalan di atas, saya akan jawap, susu yang bagus untuk bayi hanyalah susu ibu. Semua ibu mampu menyusukan anak sendiri, jika ada kemahuan pasti ada jalan, insya Allah. Jika ditakdirkan anda tidak berkemampuan menyusukan bayi sendiri, carilah ibu susu untuk bayi anda. Erk.. mana nak cari ibu susu sekarang? Kalau ada yang mahu menyusukan pun, ada ibu yang jijik anaknya disusui orang lain! Pelik punya species.... walaupun ibu susu sebenarnya telah diamalkan oleh orang-orang terdahulu, beratus-ratus tahun dahulu. Junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW disusui ibu susu...

Jika tidak mampu mencari ibu susu, berikanlah anak susu kambing kerana khasiat susu kambing hampir-hampir menyamai kandungan susu ibu (dipercayai 99% menyamai.. iya ke? - semak dulu fakta sebelum anda bulat-bulat terima info ini!). Susu kambing mudah dihadam, sama seperti susu ibu. Erk... mana nak cari susu kambing?! Eee.. susu kambing busuklah... bau kambing... hemmm... Junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW pun minum susu kambing, selain susu ibu susunya. Dan susu kambing juga menjadi minuman baginda setelah dewasa. Hiraq (pengasas - Raja Mazian) ada jual susu kambing, sekotak RM37.00 untuk 15 paket. Mahalnya... Bukan senang nak cari susu kambing yang fresh.... tapi ada lagi satu alternatif.

Alternatif ketiga, susu soya. Ada beberapa jenama dipasaran seperti ISOMIL dan lagi satu brand yang saya tak ingat. Bayi yang minum susu soya tak banyak ragam dan cantik kulitnya.. Tapi susu soya dikatakan mengandungi kandungan protein dan asid amino yang kurang, jika dibandingkan dengan susu lembu. Kekurangan ini dikhuatiri boleh mengganggu pertumbuhan fizikal yang sihat, tetapi tiada kajian yang membuktikan kekurangan ini. Susu soya alternatif bagus untuk bayi yang menghadapi :
  1. menghidapi penyakit 'Galactosaemia' iaitu sejenis penyakit metabolik yang jarang berlaku
  2. menghadapi masalah 'Isolated Lactose-intolerance' iaitu ketidak-bolehan menghadamkan gula laktosa yang terkandung di dalam susu lembu
  3. cirit-birit. Susu soya dipercayai boleh memendekkan tempoh jangka masa cirit-birit.
  4. masalah radang perut atau kolik
  5. asma

Perlu diTEGASkan, kelima-lima masalah di atas, tiada kajian saintifik mengenainya, walau bagaimanapun masalah selesai (dengan izin-Nya jua) bila bayi bertukar dengan meminum susu soya.

Last resort jika tiada ke semua di atas, boleh beri susu lembu. Takkan nak biarkan aje anak tak minum susu, kan? Malangnya susu lembu agak sukar dihadam perut bayi yang masih kecil, terutama yang usianya kurang setengah tahun. Tetapi, jika anda peminat artikel Dato' Dr Norlaily (NURY), anda tentu berfikir dua kali untuk beri bayi minum susu lembu. Ada simboliknya mengapa Allah SWT menurunkan surah al-Baqarah yang juga dikenali sebagai surah ‘sapi betina’.

Banyak susu formula/tin yang ada di pasaran. Apa-apa brand pun boleh dan jangan mudah terpedaya dengan iklan dok kata brand itu bagus brand ini bagus. Tanya orang lain pun sekadar dapatkan pendapat saja, sebab setiap bayi, perutnya tidak sama dengan perut bayi yang lain. Yang penting, susu serasi dengan anak dan serasi juga dengan poket. Jadilah pengguna bijak, bak kata Dato' Sheila Majid, “Semak label dulu, baru tahu!”

Iman Daniel ketika berusia 1 bulan
Sekarang 3 bulan @ 8 kg (masih menyusu badan)


Berbalik kepada tajuk, “Mengapa susu ibu adalah yang terbaik” di atas, saya kongsikan apa yang saya baca dalam satu artikel oleh Dato’ Dr Noor Laily Dato’ Abu Bakar (NURY).

Setiap mamalia yang telah dianugerahkan dengan organ untuk menghasilkan dan mengeluarkan susu untuk anaknya, seharusnya mampu memberi anaknya susu sendiri. Bagi lembu, kambing, harimau, monyet dan mamalia yang lain adalah menjadi perkara biasa, binatang-binatang ini menyusukan anak kecilnya dengan susu mereka sendiri.

Mereka tidak tahu cara lain atau sumber lain, kecuali anak-anak mamalia yang dijadikan haiwan peliharaan atau dijaga di tempat seperti di zoo di mana anak-anak mamalia ini akan diberi susu seperti juga anak manusia.

Memberi susu ibu sendiri adalah perkara biasa di kalangan datuk nenek kita dahulu. Tetapi hari ini ia tidak lagi menjadi perkara biasa. Di beberapa negara barat, kajian menunjukkan dengan sahihnya susu manusia ialah untuk anak manusia. Ada cadangan untuk mewujudkan Tabung Susu Manusia di beberapa negara.

Mungkin ini tidak sesuai untuk orang yang beragama Islam. Malah di zaman Rasulullah SAW dahulu digalakkan ibu-ibu susu, iaitu ibu yang memberi sisinya kepada anak orang lain kerana ibu sendiri tidak mampu berbuat demikian. Menurut Dato' Dr Noor Laily, beliau tergerak sekali menulis artikel ini kerana baru sahaja membaca tentang khasiat susu ibu dalam sebuah jurnal perubatan iaitu perkaitan susu ibu bagi anak yang baru lahir ke dunia ini mengikut pepatah Melayu “Anak itu dilahirkan ibarat sehelai kain putih”.

Selain daripada ilmu dan kemahiran, organ dan sistem dalaman tubuhnya juga ialah sebagai ‘kain puih’. Sistem ketahanan dalamannya juga PERLU melalui proses kematangan dan dengan itu mampu melawan apa juga serangan bakteria, kulat (atau cendawan) dan virus yang hari ini berkeliaran dalam persekitaran kita dan sedang mencari tempat untuk singgah, cambah, membiak dan merebak.

Kajian yang lama telah sah menunjukkan bahawa susu ibu mengandungi bahan-bahan yang boleh meningkatkan sistem ketahanan di samping ada juga bahan-bahan yang boleh melawan bakteria, kulat (atau cendawan) dan virus itu. Kajian yang terkini menunjukkan bahawa antara yang amat penting dalam susu ibu ialah sejenis protein yang diberi nama Neuclotide. Ia wujud dalam dos yang tinggi dan cukup dalam susu ibu dibandingkan susu lain iaitu anggaran 72gm/liter.

Dibandingkan dengan susu lembu, sungguhpun susu lembu mengandungi banyak protein tetapi protein yang penting ini hanya dalam lingkungan 32mg/liter sahaja. Kandungan protein susu lembu pada jenis yang lain memanglah tinggi tetapi tidak mencukupi bagi memperkuatkan sistem ketahanan dalam anak kecil atau bayi, malah kita orang dewasa yang sentiasa dalam keadaan tertekan atau yang sedang menghidap apa jua jenis penyakit.

Protein Neuclotide perlu untuk membina dan mematangkan sel-sel darah putih atau T-Lymphocytes yang penting dalam sistem ketahanan manusia. Anak kecil atau bayi memerlukan sistem ketahanan dalaman yang kuat untuk :
  1. Melawan jangkitan atau menghalang jangkitan kuman dan bakteria, kulat, virus dan lain-lain.
  2. Di dalam rahim ibu, jangkitan boleh menyebabkan keguguran.
  3. Jika rahim dalam keadaan tidak selamat disebabkan ibunya tidak menjaga makanan dan pemakanan untuk mempertahankan dari jangkitan di dalam dan di luar rahim.
  4. Menghalang pengeluaran bahan lamanya Cyfolcines yang menggalakkan pembiakan atau jangkitan baketeria.

Menghalang reaksi negatif kepada apa jua vaksin

Selain dari kekurangan atau kelemahan sel T atau T-Lymphocytes, kekurangan Neuclotide ini boleh juga menyebabkan organ utama yang mengeluarkan T-Lymphocytes yang diberi nama organ Thymus juga di dalam keadaan lemah. Dengan kelemahan ini, bukan sahaja T-Lymphocytes tidak matang tetapi jumlah pengeluarannya berkurangan maka anak kecil akan sering sakit dan bila sakit, susah sembuh.

Ingin saya mengingatkan bahawa anak kecil akan diserang bakteria atau virus sehinggakan jangkitan itu akan merangsang organ Thymus mengeluarkan sel T-Lymphocytes yang mesti memerlukan Neuclotide untuk jadi masak dan matang, dan dengan itu dapat melawan serangan bakteria atau virus itu. Setiap proses kematangan ini akan meningkatkan suhu ke paras anggaran 37° Celsius yang perlu untuk proses kematangan. Kenaikan suhu ini, kita beri nama ‘demam’.

Jadi setiap anak kecil atau bayi akan demam sekali sekala untuk membina sistem ketahanan yang kuat. Apa yang kita ketahui ialah “A little fever is good for the baby” atau “demam sedikit adalah baik untuk bayi atau anak kecil”. Kita tidak perlu panik jika anak kita demam dan terus memberi dia ubat dan antibodi yang akan melemahkan sistem ketahanannya. Jadi apa yang harus kita buat, jika bekerja, ambillah cuti dan ada bersama anak dan lap badan anak serta beri vitamin C dan minyak ikan yang akan membantu meningkatkan sistem ketahanan anak.

Jika anak demam, adalah disarankan supaya ibu memantau suhu badan anak dan tentukan suhunya tidak naik ke paras bahaya. Sambil-sambil itu ibu disarankan supaya mengelap dan berikan anak air atau membaca surah, doa dan zikir sebagai ‘bonding’ dengan anak. Cara ini akan memberi mereka rasa selamat, rasa tenteram dan rasa disayangi sekaligus ini akan merangsang sistem ketahanannya agar meningkat, insya Allah.

Susu ibu telah disediakan khusus untuk anaknya. Beberapa kajian menunjukkan bahawa susu ibu lebih pekat pada waktu tengah malam. Jadi atur masa memberi anak susu yang terakhir pada waktu tengah malam supaya anak itu akan nyenyak tidur sekurng-kurangnya 6 jam dan akan hanya bangun jam 6 pagi untuk menyusu semula. Bukan sahaja anak nyenyak tidur, malah ibu bapa boleh cukup tidur dan rehat juga.

Jadi, berusahalah untuk menyusukan anak dengan susu sendiri. Mengikut al-Quran, “Susulah anakmu dia tahun genap.” Jadi, selepas 12 bulan, anak digalakkan mengurangkan minum susu dan mula diberi makanan tambahan sedikit demi sedikit hingga pada umur 2 tahun susu telah boleh diberhentikan.

Ya Allah, bantulah kami (para ibu) dalam memberikan yang terbaik untuk zuriat kami dan permudahkan urusan kami dalam mendidik dan menjaga amanah-Mu. Amiin.

Selamat menyusukan anakmu sendiri!

Jumaat, Disember 11, 2009

Hentikan Membuli!



Intervensi awal dan efektif boleh membantu anda menghentikan masalah buli di sekolah anak anda.

Buli merupakan sesuatu yang berlaku di serata dunia. Ia mempunyai implikasi serius dan ada kalanya, implikasi jangka panjang ke atas mangsa seperti kemurungan dan kesunyian. Selain itu, masalah tidur dan rendah tenaga juga kerap diperhatikan. Lebih menakutkan lagi, kini buli bermula semasa tahun prasekolah dan lazim berlaku di kalangan kanak-kanak sekolah rendah. Apabila ini berlaku, apakah peranan yang patut anda mainkan sebagai ibu bapa?

Memahami Buli

Buli boleh dilihat sebagai sesuatu perbuatan, samada secara lisan, psikologi atau fizikal, yang bertujuan untuk menyakiti seseorang yang lebih lemah. Banyak kajian telah menunjukkan bahawa perlakuan membuli berbeza mengikut jantina di mana budak lelaki lazimnya akan menggunakan serangan fizikal manakala budak perempuan pula menggunakan bentuk yang lebih halus seperti serangan verbal. Contoh-contoh pembulian psikologi termasuk – mengasingkan mangsa pembuli, menyebar desas-desus dan memusnah atau menyembunyi barang-barang kepunyaan mangsa pembuli.

Mangsa-mangsa Pembuli

Secara lazimnya, terdapat dua jenis mangsa pembuli:

a) Mangsa pembuli yang pasif/submisif: Secara lazimnya, mangsa-mangsa pembuli ini lebih cemas dan berasa tidak selamat jika dibandingkan dengan pelajar-pelajar yang lain. Mereka selalunya berwaspada, sensitif dan senyap. Apabila diserang, mereka biasanya memberikan reaksi seperti menangis ataupun menyisihkan diri. Mereka juga kurang yakin pada diri sendiri dan mempunyai pandangan negatif pada dirinya sendiri. Di samping itu, mereka juga merasa sunyi, diasingkan di sekolah dan tidak mempunyai kawan baik dalam kelas.

b) Mangsa pembuli yang provokatif: Mangsa-mangsa in menggambarkan kombinasi corak-corak reaksi yang agresif dan cemas. Mereka selalunya mempunyai masalah menumpukan perhatian dan kelakuan yang boleh mengakibatkan kejengkelan dan ketegangan. Kadang-kala, kelakuan ini boleh membangkitkan reaksi-reaksi negatif daripada pelajar-pelajar lain.

Campur tangan awal adalah penting setelah berjaya mengenal pasti suatu tindakan membuli. Anda boleh menggunakan sesetengah cadangan berikut jika mendapati anak anda merupakan seorang mangsa buli atau pembuli.

Mengapa Anak-anak Membuli dan Dibuli?

Tidak hairan jika setiap pagi kita membaca akhbar, berita tentang jenayah di sekolah memenuhi ruangan hadapan. Hakikatnya, siri kejadian buli-membuli telah lama berakar umbi di negara kita. Ia telah wujud dari dahulu dan masih wujud hingga sekarang, malahan bertambah serius. Dengan meningkatnya bilangan A dalam SPM yang dicapai oleh pelajar Malaysia, meningkat jumlah bilangan kes jenayah anak-anak khususnya remaja ini.

Begitu halnya, apakah punca utama wujudnya budaya buli ini, khususnya di sekolah? Seperti yang digarapkan oleh Abdullah Nasih ‘Ulwan, faktor-faktor yang menyumbang kepada kenakalan anak-anak seterusnya kes buli-membuli adalah:
  1. Kemiskinan yang menimpa keluarga
  2. Ibu-bapa yang tidak harmoni
  3. Perceraian ibu bapa
  4. Kurangnya perhatian daripada ibu bapa
  5. Pergaulan negatif dan teman yang jahat
  6. Buruknya perlakuan ibu bapa terhadap anak-anak
  7. Menularnya filem-filem ganas, seram dan berunsur lucah
  8. Kecuaian ibu bapa dalam mendidik anak-anak berasaskan Islam
  9. Yatim piatu

Daripada sembilan punca tersebut, hampir kesemuanya adalah disebabkan salah ibu bapa manakala lainnya adalah daripada persekitaran. Dalam erti kata lain, keruntuhan peribadi anak-anak sebenarnya berpunca daripada kurangnya penerapan pendidikan yang baik oleh ibu bapa dan terlalu mengharapkan sekolah dalam mendidik anak mereka. Terdapat juga kes yang mana anak-anak berpura-pura baik di rumah, akan tetapi dialah juara buli dan jenayah di sekolah.

Kajian-kajian yang dilakukan untuk mengenalpasti punca buli dan cara mengatasinya telah banyak dilakukan. Antaranya kajian buli di SMKA oleh Pensyarah di Institut Batu Lintang Sarawak dan Indeks Perlakuan Buli di Sekolah Menengah dan Rendah di Malaysia yang dikeluarkan oleh Universiti Teknologi Malaysia.

Kajian-kajian ini sememangnya bermanfaat dari segi mendapatkan nilai quantitatif, indeks dan penyataan laporan, namun langkah-langkah penyelesaian yang diutarakan adalah tidak menyeluruh. Contohnya, mengatasi buli dengan meletakkan CCTV di dalam kelas, memperbanyak aktiviti ko-kurikulum dan banyak lagi unjuran lain yang langsung tidak memperbaiki punca masalah ini, iaitu faktor keluarga dan suasana.

Masalah terbesar kepada kes buli dan jenayah anak-anak remaja adalah berpunca dari sistem masyarakat itu sendiri. Jika sistem masyarakatnya bersifat pembuli dan banyak jenayah, adakah kita boleh melihat sekolah yang bebas daripada jenayah? Perlu kita sedari bahawa pelajar yang membuli tidak dilahirkan terus menjadi pembuli. Persekitaran dan sistem kehidupanlah yang menyumbang kepada lahirnya pembuli.

Keganasan dan jenayah di dalam masyarakat inilah yang banyak mempengaruhi anak-anak di sekolah. Justeru itu, antara langkah yang wajar dilakukan oleh setiap individu Islam bagi mengatasi kegawatan akhlak anak-anak hari ini adalah:

1 – Melenyapkan segala faktor kekeluargaan yang boleh membentuk sifat buruk anak-anak. Ini dapat dicapai dengan menangani faktor masalah anak-anak yang telah disebutkan di atas; seperti keharmonian antara ibu bapa, mengawal persekitaran anak-anak dan mendidiknya dengan betul.

2 – Menghantar anak-anak ke sekolah dan institusi pendidikan yang dapat dipercayai menjaga akhlak pelajarnya. Ibu bapa perlu menilai sekolah yang terbaik untuk anak-anaknya. Adalah penting untuk ibu bapa mempunyai ekonomi yang baik untuk menghantar ke sekolah yang baik.

3 – Sentiasa melihat kepada permasalahan anak-anak sebagai permasalahan global dan berterusan. Anak-anak adalah harapan bangsa dan perlunya kita mendidik mereka ke arah yang betul tanpa menuding jari dan menyalahkan mereka dan pihak-pihak lain.

Cadangan untuk sekolah anak anda:

1. Bentuk peraturan sekolah dan berkongsi pendapat untuk menangani buli. Menerangkan bagaimana buli boleh mendatangkan kesan negatif kepada mangsa mungkin akan menyebabkan kanak-kanak berhenti dan berfikir tentang tingkah laku membuli mereka.
2. Kenal pasti zon-zon merah di sekolah yang paling banyak berlakunya kes buli supaya guru dan pihak berkuasa sekolah boleh memantau kawasan-kawasan ‘panas’ tersebut.
3. Kenal pasti pembuli dan mangsa dari awal dan laporkan tingkah laku mereka kepada ibu bapa masing-masing supaya dapat bersama-sama menangani masalah tersebut.

Cadangan untuk ibu bapa:

  1. Berkongsi dan berbincang dengan pihak sekolah tentang tingkah laku membuli atau pemangsaan anak anda. Anda juga boleh melibatkan diri dalam program sekolah untuk mengatasi masalah buli.
  2. Jadilah teladan yang baik untuk anak anda semasa berinteraksi dengan orang lain agar anak anda belajar untuk menghormati rakan sebaya mereka.
  3. Galakkan anak anda mempunyai seorang rakan rapat kerana sokongan daripada rakan rapat mungkin akan menampan kesan pemangsaan.

Kesimpulannya, budaya buli-membuli di kalangan anak-anak adalah imej kepada realiti masyarakat yang juga dipenuhi masalah buli dan jenayah. Cara mengatasinya adalah dengan mengadakan perubahan total pada masyarakat, menyemai kebaikan dan menerapkan sistem pendidikan yang berobjektif selaras dengan Islam.

Sumber : MyPositiveParenting dan IsmaWeb

Kunci kebahagiaan


Biarpun liku-liku hidup yang dilalui terasa begitu payah, namun jika diri benar-benar mengenal Allah dan beribadat kepada-Nya, nescaya kita akan mendapat kebaikan, kebahagiaan dan ketenangan.

Namun jika kita ingkar kepada-Nya, jiwa pasti tidak tenteram walau tinggal di istana yang mewah nan megah. Ketahuilah bahawa di akhir kehidupan adalah pahit dan menderita kerana kita belum memiliki kunci kebahagiaan nan sejati.

Allah SWT berfirman yang bermaksud, “…dan Kami telah menganugerahkan kepadanya perbendaharaan harta (berbagai-bagai jenis kekayaan) yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat. (Ingatlah) ketika kaumnya berkata kepadanya: "Janganlah kamu terlalu bangga; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang terlalu membanggakan diri."” (Surah al-Qashash [028], ayat 76)

Jika diteliti pengertian ayat ini, Allah SWT membela mereka agar tidak terjerumus ke dalam kejahatan di dunia dan di akhirat. Ini adalah janji dan berita gembira daripada Allah bagi orang-orang yang beriman bahawa Allah akan menghindarkan mereka (kerana keimanan mereka) dari semua keburukan orang kafir, godaan syaitan, keburukan diri sendiri, amal perbuatan yang jelek dan membantu meringankan beban mereka. Setiap Mukimin berhak atas pembelaan dan keutamaan seperti ini, sesuai dengan kadar keimanannya. Setiap orang diuji dengan perkara yang berbeza-beza dan percayalah ujian itu tanda kasih sayang Allah kepada kita.

“Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; Dan barang siapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar). Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (Surah at-Taghaabun [064], ayat 11)

Berdasarkan ayat di atas, hendaklah kita memahami bahawa setiap musibah yang menimpa adalah ketentuan Allah. Apabila kita redha dengan dugaan ini, kita akan menerimanya dengan pasrah dan usahlah berputus asa berdoa agar ktia diberi kekuatan dan jalan untuk menghadapi ujian getir itu.

Empat kunci kebahagiaan

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, “Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa!” (Hadis riwayat Ibnu Hibban)

Kehidupan yang selesa adalah suatu bentuk kehidupan yang dialu-alukan oleh Islam di mana kehidupan yang sempurna memerlukan empat elemen asas yang penting iaitu:
  1. Wanita yang solehah - iaitu isteri yang baik yang dapat menguruskan keluarga dan rumahtangga dengan sempurna.
  2. Rumah yang luas yang boleh memberikan keselesaan untuk bermesra dengan keluarga dan anak-anak di samping dapat melapangkan fikiran dengan baik dan tenang.
  3. Jiran yang baik kerana jiran merupakan orang yang paling rapat selepas sanak saudara dan keluarga. Jiran yang baik dapat menjamin keharmonian hidup bermasyarakat sehinggakan ikatan kejiranan itu boleh bertukar seakan-akan sebuah kelurga yang kasih-mengasihi dan saling mengambil berat di antara satu sama lain.
  4. Kenderaan yang selesa kerana ia memberikan kemudahan dalam segala urusan.

Antara tabiat buruk yang mengancam kebahagiaan hidup ialah berfoya-foya dengan kehidupan mewah, boros harta dan membazir ketika berbelanja. Tabiat ini sering disebut dalam al-Quran sebagai punca kehancuran beberapa umat yang terdahulu. Oleh itu hendaklah kita sentiasa berdoa agar ditetapkan hati supaya tidak mudah condong ke arah kemungkaran dan kesesatan.


“….Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia).”
(Surah ali-‘Imran [003], ayat 8)

Khamis, Disember 10, 2009

Bersatu perangi keganasan terhadap wanita

Oleh DIYANA ROSE KAMALLUDEEN

Sebilangan wanita membenarkan diri menjadi mangsa keganasan kerana tidak tahu tentang hak masing-masing.

MENJELANG 2015, setiap negara di dunia bakal mempunyai sistem perundangan yang kukuh, rangka tindakan pelbagai sektor, langkah-langkah pencegahan dan usaha sistematik bagi menangani keganasan seksual.

Alangkah baiknya jika sasaran Kempen Bersatu Menghentikan Keganasan Terhadap Wanita (UNiTE) yang dilancarkan oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon, tahun lalu itu benar-benar menjadi realiti lima tahun lagi.

Ia melibatkan usahasama kerajaan, masyarakat umum, organisasi wanita, golongan muda, sektor korporat, media dan seluruh sistem PBB bagi merawat pandemik global yang semakin membimbangkan itu.

Jelas sekali, banyak yang perlu dilakukan kerana di setiap negara masih ada wanita dan kanak-kanak yang terus dihantui keganasan serta penderaan tidak berkesudahan.

Koordinator Residen PBB, Kamal Malhotra berkata, kekejaman seumpama itu menjejaskan pembangunan, mengakibatkan ketidakstabilan dan menyukarkan lagi usaha mencapai keamanan serta keharmonian sesebuah negara.

Menetapkan standard antarabangsa

"PBB memainkan peranan secara berterusan dan akan terus menjadi peneraju untuk menetapkan standard antarabangsa dalam tindakan memerangi keganasan terhadap wanita.

"Ini dilakukan menerusi promosi dan pengiktirafan hak asasi golongan wanita dan melalui sumbangannya ke arah perlindungan daripada penderaan,'' katanya pada forum media bertajuk Bersatu Menghentikan Keganasan Terhadap Wanita di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tanggal 25 November dipilih sebagai Hari Antarabangsa bagi menghapuskan keganasan terhadap wanita oleh PBB.

Ia bertujuan menggalakkan kerajaan, organisasi antarabangsa, kumpulan persatuan sivil dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menganjurkan aktiviti berkaitan isu kritikal tersebut.

Sementara itu, setiap tahun bermula 25 November hingga 10 Disember diadakan Kempen 16 Hari Aktivisme. Ia disambut di seluruh dunia oleh semua pihak bagi meningkatkan kesedaran berhubung keganasan berasaskan gender.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Pengurusan Wanita (WIM), Datuk Dr. Nellie Tan-Wong. pula memberitahu, dianggarkan majoriti mangsa penderaan domestik terdiri daripada wanita tidak berpendidikan, miskin dan daif dengan pendapatan paling minimum sekitar RM100 hingga RM500 sebulan.

Hampir separuh daripada mereka tidak pernah menerima pendidikan formal atas sebab kemiskinan justeru kurang terdedah kepada maklumat dan ilmu yang dapat membebaskan mereka dari terus menjadi mangsa.

Malang sekali bagi golongan ini, keganasan dianggap sesuatu yang boleh diterima lebih-lebih lagi 45 peratus daripada kategori wanita ini merasakan tindakan suami memukul isteri ketika marah boleh diterima dalam masyarakat.

"Malah wanita-wanita tersebut juga menganggap dadah, alkohol dan masalah kewangan sebagai pencetus kemarahan suami terhadap mereka.

"Bagaimanapun hampir tiga per empat daripada mereka membenarkan diri menjadi mangsa keganasan kerana tidak tahu tentang hak masing-masing.

"Ini kerana ramai di antara mereka dididik dengan tanggapan bahawa keganasan rumah tangga adalah sesuatu yang peribadi dan tidak boleh dicampuri pihak luar.

Enggan

"Lapan daripada 10 wanita pula enggan meninggalkan suami mereka walaupun dipukul dan didera suami kerana kasihan terhadap anak-anak," katanya.

Menurutnya, usaha untuk menghentikan keganasan terhadap wanita mendapat banyak sokongan sebelum ini tetapi jelas sekali ia masih belum mencukupi.

"WIM merasakan sudah tiba masanya untuk membina perkongsian lebih kukuh di kalangan lelaki dan wanita untuk menghentikan keganasan domestik,'' ujarnya.

Kata Dr. Nellie, menerusi usahasama itu juga wanita tidak lagi boleh melihat kaum Adam sebagai penyumbang masalah sebaliknya melihat mereka sebagai sebahagian penyelesaian bagi melaksanakan strategi pencegahan dan intervensi.

Menghapuskan keganasan terhadap wanita dan memecahkan kitaran penderaan memerlukan kolaborasi padu melibatkan semua pihak termasuk pendidik, pihak berkuasa, badan perundangan, kehakiman, masyarakat sivil dan media massa secara keseluruhannya.

Bersesuaian dengan senario di Malaysia, WIM mencadangkan beberapa tindakan alternatif bagi menyokong usaha tersebut.

"Antaranya, cadangan penambahbaikan Akta Keganasan Rumah Tangga melibatkan undang-undang berkaitan rogol (1988) dan Enakmen Akta Keganasan Rumah Tangga (1994); meneliti semula Undang-Undang Keluarga Islam agar lebih melindungi hak wanita Islam (1997) dan banyak lagi.

"Kerajaan perlu melaksanakan latihan kemahiran kepada kakitangan yang bertugas di balai polis, hospital, klinik, rumah kebajikan, penempatan Orang Asli dan kem tahanan ketika berurusan dengan kumpulan wanita kurang bernasib baik.

"Kami juga berharap kementerian terbabit dapat menyediakan pusat krisis dalam sektor penjagaan kesihatan bagi membantu mangsa dera termasuk kemudahan untuk pekerja estet wanita," tambahnya.

Hadir sama pada forum tersebut, Pengerusi Kokus Parlimen Wanita, Nancy Shukri; Naib Presiden All Women Action Society (Awam), Haslinah Yacob; Pengarah Program Women's Centre for Change (WCC), Dr. Prema Evelyn Devaraj dan Pengarah Eksekutif Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Ivy Josiah.

Sumber : UtusanOnLine 08/12/2009

Penagih wanita berkurangan

Oleh Faizatul Farhana Farush Khan

Pengambilan dadah secara berlebihan boleh memudaratkan sistem saraf yang membawa kepada sakit jiwa dan kematian. - Gambar hiasan

SEJARAH menunjukkan kewujudan dadah di dunia sudah diketahui lebih 5,000 tahun lalu apabila ia digunakan dalam bidang perubatan bagi merawat penyakit manusia.

Sejak itu, keberkesanannya memulihkan penyakit menyumbang kepada penyalahgunaannya secara meluas apabila diambil dalam kuantiti berlebihan sehingga mengakibatkan ketagihan melampau.

Pengambilan dadah secara berlebihan juga dikatakan mampu memberi ketenangan perasaan dan tenaga maksimum sehingga berjam-jam kepada penggunanya. Namun dalam jangka masa panjang, ia memudaratkan sistem saraf yang membawa kepada sakit jiwa dan kematian.

Di Malaysia, sejarah juga menunjukkan masalah penyalahgunaan dadah dikesan sebelum Merdeka dan semakin berleluasa sejak 30 tahun lalu.

Lebih membimbang dan menyedihkan, ia mula 'menyerang' wanita yang mana jika dulunya penglibatan kaum ini dalam penagihan dadah boleh dikira dengan jari, kini ia semakin bertambah tahun demi tahun.

Buktinya boleh dilihat apabila kerap kali media melaporkan pelbagai berita berhubung penagihan dadah di kalangan wanita seperti penagih wanita ditahan, pelajar wanita menagih dadah dan isteri ditahan menagih dadah bersama suami.

Namun, masalah itu semakin berkurangan apabila kerajaan mempergiatkan kempen anti dadah termasuk mengisytiharkan 19 Februari setiap tahun sebagai Hari Anti Dadah Kebangsaan.

Kerajaan turut membelanjakan RM500,000 sehari, RM250 juta sebulan dan RM1.08 bilion saban tahun hanya untuk menjalankan kempen kesedaran memerangi dadah secara besar-besaran di seluruh negara sejak beberapa tahun lalu.

Dengan bantuan dan kesungguhan agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) dan Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih), pelbagai kempen dijalankan membabitkan kawasan penagihan dadah, pusat hiburan, perumahan, sekolah, institusi pengajian tinggi (IPT) serta tempat awam.

Antara kempen itu adalah 'Segak Perangi Dadah', 'Anti Dadah', 'Benci Dadah', 'Jaga Tepi Kain Sendiri', 'Belia Benci Dadah', 'Kesedaran Sivik Bermula Dari Rumah' dan 'Kenali Anak Kita'.

Hari ini, usaha itu sudah mula membuahkan hasil positif apabila statistik membuktikan masalah penagihan dadah di seluruh negara termasuk jumlah penagih dadah wanita semakin menurun sejak lima tahun lalu.

Pada 2004, penagih dadah berjumlah 38,672 orang dan 692 daripadanya adalah wanita manakala pada 2005, ia mencatatkan 32,808 orang penagih (667 wanita), 22,811 orang penagih pada 2006 (463 wanita), 14,489 orang penagih pada 2007 (348 wanita) dan 12,352 orang penagih pada tahun lalu (276 wanita).

Kaum Melayu adalah yang tertinggi terbabit dengan penagihan dadah, iaitu 68.74 peratus diikuti Cina 14.38 peratus, India 9.85 peratus, pribumi (Sabah dan Sarawak) 5.0 peratus dan lain-lain 2.02 peratus.

Penagih wanita di negara ini kebiasaannya akan menagih dadah jenis ganja yang diambil dengan cara menghisapnya bersama tembakau atau alat khas dengan menggunakan batang betik dan botol, morfin (menyuntik) serta heroin (menghisap atau menyuntik).

Jenis lain adalah syabu (menghisap menggunakan balang kaca atau menyuntik), bahan psikotropik (dalam bentuk pil atau cecair), gam (menghidu) dan daun ketum (meminum air rebusan atau mengunyah daun).

Presiden Pengasih, Mohd. Yunus Pathi berkata, punca utama yang mendorong seseorang itu menagih dadah adalah pengaruh kawan, tekanan, bosan, masalah keluarga, perasaan ingin tahu, hanya mahu berseronok, menahan sakit dan secara tidak sengaja.

"Sejak dibuka pada 1987, Pengasih menerima lebih 5,000 pelatih setiap tahun dan ada antara mereka yang terbabit dengan penagihan dadah ini terdiri daripada golongan profesional seperti doktor dan peguam atau individu yang cemerlang dalam pendidikan.

"Daripada jumlah itu, kebiasaannya 75 peratus adalah lelaki manakala 25 peratus wanita dan kini kami sedang melatih 10 orang penagih wanita," katanya ketika ditemui pada Simposium Pemulihan Asia Kali Keempat di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Beliau berkata, pendekatan berkesan yang digunakan pusat pemulihan dadah di negara ini termasuk Pengasih sama ada semasa dan selepas rawatan juga banyak membantu mengurangkan jumlah penagih.

Katanya, sepanjang berada di pusat pemulihan, penagih akan melalui Detoksifikasi iaitu ditempatkan di dalam bilik kurungan disebut Detoks selama dua minggu pertama kemasukan bagi membuang ketagihan terhadap dadah dan menguatkan mental mereka.

"Kemudian mereka akan dirawat menggunakan terapi kekeluargaan iaitu pendekatan yang menekankan tentang pengaruh rakan sebaya sebagai pendorong, penggalak dan pendesak dalam perubahan tingkah laku penghuni.

"Keutamaan rawatan akan diberikan dari segi pengurusan dan pembentukan tingkah laku; perkembangan intelektual dan kerohanian; perkembangan emosi dan psikologi; perkembangan vokasional dan kemahiran hidup serta kebajikan dan kesihatan," katanya.

Mohd. Yunus berkata, selepas tamat tempoh rawatan antara tiga bulan hingga setahun, mereka akan diberi kaunseling bagaimana menguatkan hubungan dengan keluarga dan mengatasi ancaman serta cabaran daripada masyarakat sebelum dibenarkan keluar dari pusat pemulihan.

Ujarnya, selepas tamat rawatan di pusat pemulihan juga, setiap bekas penagih akan diberi after care atau pengawasan selama dua tahun seperti mengadakan perjumpaan, perbincangan dan ujian air kencing bagi memastikan mereka tidak terjebak semula dalam penagihan dadah.

Bagi membendung masalah penagihan dadah, katanya, apa yang penting adalah ia perlu bermula di rumah yang mana setiap ahli dalam sesebuah keluarga mestilah mementingkan perhubungan yang erat dan memahami antara satu sama lain untuk mengelakkan gangguan emosi.

Menurut Mohd. Yunus, setiap ahli keluarga terutama ibu bapa perlu memahami serta menghormati anak masing-masing namun kebiasaannya, ibu bapa menggunakan pendekatan terlalu mengawal anak dan gemar membuat keputusan muktamad untuk anak, jadi sikap ini akan membuatkan anak memberontak.

Sehubungan itu, Pengasih ketika ini, sedang giat menjalankan kempen 'Kenali Anak Kita' bagi mendidik ibu bapa mengenali identiti dan potensi anak masing-masing mengikut perkembangan usia supaya lebih memahami anak.

Ada segelintir ibu bapa, katanya, bukan sahaja tidak menghargai minat anak dan enggan mendengar pandangan atau masalah anak, tetapi juga sering menjatuhkan harga diri anak sehingga membuatkan anak kehilangan keyakinan.

Ketika ditanya, apakah punca yang membuatkan 35 peratus bekas penagih kembali menghisap dadah seperti dijelaskannya, beliau berkata, ia banyak bergantung kepada sikap masyarakat.

"Saya bukannya mahu menyalahkan masyarakat tetapi sikap mereka yang memandang penagih seperti 'musuh', tidak mahu berkawan dengan mereka atau tidak percaya mereka berubah membuatkan bekas penagih merasa tersisih dan merasa rendah diri sehingga membuatkan mereka kembali menagih.

"Kerajaan sudah banyak memberikan peluang pekerjaan kepada penagih, jadi masyarakat perlu turut sama menyokong golongan ini agar mampu berjaya dalam kehidupan kerana bagi Pengasih, setiap individu pernah melakukan kesilapan dan tetap akan berubah suatu hari," katanya.

Sumber : UtusanOnLine 09/12/2009

Selasa, Disember 08, 2009

Melayan anak kecil yang suka bertanya

Salam,

Hari ini saya ingin kongsikan artikel oleh Dato’ Dr Noor Laily Dato’ Abu Bakar (NURY) yang sempat saya baca dan saya cuba terapkan ilmu ini kerana saya juga sedang mengharungi fasa yang sama, seperti dalam artikel tersebut.


Ayah dan Ilham Darwish

Anak saya yang ketiga (Ilham Darwish) memang petah bercakap sejak usianya 1.5 tahun lagi. Sekarang usianya sudah mencecah 2.75 tahun dan kata orang Perak, sangat ‘beret’ mulutnya. Hari-hari ada saja keletah yang menghiburkan dan saya paling tak boleh tahan bila mulutnya bertanya bermacam-macam soalan yang kadang-kala agak mencabar akal saya untuk memberikan jawapan yang sesuai dengan usianya.

Suatu petang, dia berkata, “Kenapa ayah berhenti? Cepatlah jalan.”

Saya jawap [on behalf ayahnya], “Ayah berhenti sebab lampu isyarat merah. Kalau lampu merah, kita kena berhenti. Kalau lampu hijau, baru boleh jalan.”

Dia menjawap, “Eeee mama ni… boy tanya ayahlah. Boy bukan tanya mama…”

Pengajaran berharga buat saya : Jangan sibuk-sibuk menjawap jika soalan tidak ditujukan kepada anda!

Seketika kemudian kami melalui lampu isyarat yang bertukar kuning dan suami memperlahankan kereta.

Anak bertanya lagi, “Kalau kuning?”

Saya jelaskan kepadanya, “Kalau kuning kita kena berjaga-jaga, perlahankan kereta dan berhenti sebab lepas ini lampu akan jadi merah. Merah kena berhenti.”

Dia seakan faham dan mengangguk-anggukkan kepala. Tak lama selepas itu, dia bertanya lagi, “Kalau tak berhenti?”

Dalam hati saya mengomel, “Banyak tanya betul budak nih…” tapi saya jawap juga, “Kalau tak berhenti, nanti polis saman.”

Dan perbualan kami meleret pula apa itu saman dan lain-lain.


Dania Sofea

Anak kedua saya yang berusia 3.75 tahun (Dania Sofea) juga tidak kurang hebat ‘beret’nya. Kadang-kala pertanyaannya benar-benar mencabar kesabaran saya… contoh :

Anak : “Mama, kenapa baby nangis?”
Saya : “Sebab baby kecil lagi.”
Anak : “Kalau baby dah besar, dia tak nangis?”

Saya : “Baby menangis sebab dia lapar.”
Anak: “Kalau baby tak lapar?”
Saya : “….hemmm…”

Dalam hati saya… “Aduh... mencabarnya...”

Ada sesetengah pertanyaan memang sukar untuk saya jawap, contohnya :

Anak : “Kat mana mama jumpa baby ni?” (sambil tunjuk baby yang berusia sebulan lebih)
Saya : “Mama jumpa di hospital. Mama bawa baliklah.”

Ha... ha…

Jika ditakdirkan pada hari itu saya larat melayan, saya akan layan juga pertanyaan mereka. Kadang-kala bila terlalu penat, saya cuba jawap juga walaupun acuh tak acuh. Kesian mereka seharian tak berjumpa, macam-macam soalan disimpan dan tunggu saya balik untuk bertanya. Memang kebiasaannya anak dalam lingkungan umur begini suka sangat bertanya. Soalan seperti, “Apa itu mama?” atau “Mengapa itu ayah?” atau “Bagaimana itu mama?” memang biasa keluar daripada mulut mereka.

Ramai ibu bapa kadang kala tidak terdaya melayan pertanyaan sebegini lebih-lebih lagi ibu bapa yang telah penat bekerja sepanjang hari. Jika tidak larat melayan karenah anak-akan ini, janganlah mereka dimarah, ditengking atau dimaki hamun. Ini akan membuatkan anak ini tidak akan bertanya lagi, malah mungkin akan terus mendiamkan diri atau cuba perkara lain, memberikan tumpuan kepada benda-benda (barang-barang) atau kawan-kawan yang sama senasib dengannya.

Menurut Dato Dr Noor Laily, masalah sosial hari ini adalah disebabkan anak-anak yang terbiar atau dipajak-gadai kepada orang lain dari kecil lagi kerana ibu bapa tiada masa untuk mereka. Siapakah yang bertanggungjawab dalam perkara ini? Inilah persoalan yang mesti dijawab oleh para pemimpin, pembuat polisi, ketua-ketua jabatan, ketua-ketua korporat dan ibu bapa semua. Tetapi hari ini banyak tumpuan diberi kepada perkara yang menambahkan lagi masalah ini. Taska, tadika, pusat jagaan kanak-kanak tumbuh macam cendawan tetapi tidak disediakan dengan program yang sesuai untuk anak-anak. Pihak yang menjaganya sekadar makan gaji sahaja dan tidak ada rasa sayang kepada anak.

Ibu bapa pula tidak dibenarkan langsung terlibat dalam program-program yang dilaksanakan. Malah untuk menghantar anak ke taska dan tadika pun dipajak kepada orang lain.

Pernahkah kita berfikir, mengapa anak-anak kecil suka bertanya? Anak-anak suka bertanya kerana ia adalah anugerah semulajadi Allah SWT supaya dia bukan sahaja mengenal tetapi memahami persekitarannya dan boleh menyesuaikan dirinya dengan sesiapa pun dan di mana juapun.

Jadi, jika anak bertanya, “Ayah, kenapa ayah berhenti?” (walaupun anda menganggapnya sebagai soalan ‘poyo’), cubalah sedaya-upaya anda berikan jawapan yang sesuai, yang senang difahami anak.

Jawapan penuh kasih sayang

Ayah yang penat hanya berdiam diri atau menjawap dengan kasar, “Tak tahu lagi ke? Itu lampu isyarat!”

Anak akan terus bertanya, “Lampu isyarat itu apa, ayah?” atau mungkin saja, “Tadi warna kuning, kenapa sekarang warna merah?” atau “Siapa yang tukar warna lampu itu, ayah?”

Ayah yang penat mungkin saja akan terus berkata, “Diamlah, ayah tak tahu!”

Tetapi ayah yang penuh kasih sayang akan memberikan jawapan yang sebaliknya. Dia akan menjawap, “Ya sayang, merah itu berhenti, kuning itu bersedia dan hijau itu tandanya boleh jalan.”

Mungkin saja anak akan bertanya lagi dan lagi, dan kita sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab cubalah berusaha penuhi persoalan anak. Jika tiada apa-apa urusan pada hari itu, kita boleh usaha pergi ke perpustakaan dan cari buku-buku berkaitan dengan persoalan anak. Boleh juga mencari bahan-bahan melalui internet. Lakukanlah apa saja yang terfikir, asalkan anak-anak tidak ditinggalkan dengan persoalan yang kita tidak boleh jawap. Saya masih ingat sewaktu saya kecil, ayah saya gemar membawa kami adik-beradik ke perpustakaan Tun Razak di Ipoh, tempat kelahiran saya. Hari ini kita amat jarang dapat meluangkan masa untuk ke perpustakaan. Kedai-kedai buku juga amat sunyi sekali dengan kehadiran ibu bapa beserta anak-anak kecil.

Ini amat penting kerana kita tidak mahu perasaan 'curiosity' atau minat anak-anak terbantut, semata-mata kerana ibu bapa jahil dan tidak mahu menimba ilmu. Satu perkata yang amat penting ialah, jawapan yang diberi mestilah tepat, jelas, betul dan tidak mengelirukan. Cara ini, sedar atau tidak, kita akan meminatkan anak mencari dan meneroka ilmu baru.

Ibu dan bapa juga secara tidak langsung, akan terpaksa belajar ilmu baru, umpamanya jika kita mengenalkan anak kepada pokok. Kita seharusnya memberi tahu nama pokok itu dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Latin. Kita boleh meminatkan lagi anak kepada pokok dengan memberitahunya ciri-ciri pokok itu, selain menerangkan asal usul pokok, kegunaannya, apa yang baik atau buruk tentang pokok itu dan semua fakta pokok berkenaan. Sekiranya anda ibu bapa yang perihati dan penuh kasih sayang, inilah yang patut dilakukan.

Saya sedang berusaha menjadi mama yang terbaik untuk anak-anak saya.

Ya Allah, permudahkanlah urusanku dalam menguruskan amanah-Mu. Amiin.

Selamat mencuba!

Isnin, Disember 07, 2009

Hukuman qisas dan diyat

Qanun Jenayah Syariah: Hukuman qisas dan diyat bagi jenayah bunuh, cederakan manusia

HUKUMAN qisas adalah sama seperti hukuman hudud juga, iaitu hukuman yang ditentukan dan ditetapkan Allah hukumannya di dalam Quran dan hadis yang wajib dikenakan ke atas penjenayah yang sabit kesalahannya di dalam mahkamah.

Hukuman qisas ialah kesalahan yang dikenakan hukuman balas. Membunuh dibalas dengan bunuh (nyawa dibalas dengan nyawa), melukakan dibalas dengan luka, mencederakan dibalas dengan mencederakan.

Kesalahan yang wajib dikenakan hukuman qisas ialah membunuh orang lain dengan sengaja, menghilang atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain dengan sengaja dan melukakan orang lain dengan sengaja.

Hukuman membunuh orang lain dengan sengaja wajib dikenakan hukuman qisas ke atas si pembunuh dengan dibalas bunuh. Firman Allah SWT, "Wahai orang yang beriman. Diwajibkan kamu menjalankan hukuman qisas (balasan yang seimbang) dalam perkara orang yang mati dibunuh." (Surah Al-Baqarah: 178)

Hukuman menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain atau melukakannya wajib dibalas dengan hukuman qisas mengikut kadar kecederaan atau luka seseorang itu juga mengikut jenis anggota yang dicederakan dan yang dilukakan tadi.

Firman Allah, "Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam Kitab Taurat itu, bahawasanya jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka juga hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya. Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah Al-Ma'idah: 45).

Hukuman diyat ialah harta yang wajib dibayar dan diberikan penjenayah kepada wali atau waris mangsanya sebagai ganti rugi disebabkan jenayah yang dilakukan penjenayah ke atas mangsanya. Ia adalah hukuman kesalahan yang sehubungan dengan kesalahan qisas yang ditetapkan Allah dan Rasul di dalam Quran dan hadis sebagai ganti rugi di atas kesalahan membabitkan kecederaan anggota badan, atau melukakannya.

Firman Allah, "Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak) yang terbunuh) maka hendaklah (orang yang mengampuni itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan si pembunuh pula hendakalah menunaikan (bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari tuhan kamu serta rahmat kemudahan. sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab siksa yang tidak terperi sakitnya." (Surah Al -Baqarah: 178)

Sumber: Buku Qanun Jinayah Syari'yah dan Sistem Kehakiman Dalam Perundangan Islam Berdasarkan Quran dan Hadith oleh bekas Mufti Sabah, Said Ibrahim).


SiCK people and their MASTERPiECE(s)!

PETiKAN : iZiSMiLE.COM

“Acid Terrorism” Against Women in Pakistan. This is really horrible. Faces of these women were mutilated by acid, and this is the work of bastards who call themselves men. This is such a strange way of solving problems (or revenge) in Pakistan. After the jump, you can look at these poor women and learn why the acid was thrown into their faces. But think twice before you go into the post. The pictures are very graphic.


Irum Saeed, 30, poses for a photograph at her office at the Urdu University of Islamabad, Pakistan, Thursday, July 24, 2008. Irum was burned on her face, back and shoulders twelve years ago when a boy whom she rejected for marriage threw acid on her in the middle of the street. She has undergone plastic surgery 25 times to try to recover from her scars.


Shameem Akhter, 18, poses for a photograph at her home in Jhang, Pakistan, Wednesday, July 10, 2008. Shameem was raped by three boys who then threw acid on her three years ago. Shameem has undergone plastic surgery 10 times to try to recover from her scars.


Najaf Sultana, 16, poses for a photograph at her home in Lahore, Pakistan on Wednesday, July 9, 2008. At the age of five Najaf was burned by her father while she was sleeping, apparently because he didn't want to have another girl in the family. As a result of the burning Najaf became blind and after being abandoned by both her parents she now lives with relatives. She has undergone plastic surgery around 15 times to try to recover from her scars.


Shehnaz Usman, 36, poses for a photograph in Lahore, Pakistan, Sunday, Oct. 26, 2008. Shehnaz was burned with acid by a relative due to a familial dispute five years ago. Shehnaz has undergone plastic surgery 10 times to try to recover from her scars.


Shahnaz Bibi, 35, poses for a photograph in Lahore, Pakistan, Sunday, Oct. 26, 2008. Ten years ago Shahnaz was burned with acid by a relative due to a familial dispute. She has never undergone plastic surgery.


Kanwal Kayum, 26, adjusts her veil as she poses for a photograph in Lahore, Pakistan, Sunday, Oct. 26, 2008. Kanwal was burned with acid one year ago by a boy whom she rejected for marriage. She has never undergone plastic surgery.


Munira Asef, 23, poses for a photograph in Lahore, Pakistan, Sunday, Oct. 26, 2008. Munira was burned with acid five years ago by a boy whom she rejected for marriage. She has undergone plastic surgery 7 times to try to recover from her scars.


Bushra Shari, 39, adjusts her veil as she poses for a photograph in Lahore, Pakistan, Friday, July. 11, 2008. Bushra was burned with acid thrown by her husband five years ago because she was trying to divorce him. She has undergone plastic surgery 25 times to try to recover from her scars.


Memuna Khan, 21, poses for a photograph in Karachi, Pakistan, Friday, Dec. 19, 2008. Menuna was burned by a group of boys who threw acid on her to settle a dispute between their family and Menuna's. She has undergone plastic surgery 21 times to try to recover from her scars.

Zainab Bibi, 17, adjusts her veil as she poses for a photograph in Islamabad, Pakistan, Wednesday, Dec. 24, 2008. Zainab was burned on her face with acid thrown by a boy whom she rejected for marriage five years ago. She has undergone plastic surgery several times to try to recover from her scars.


Naila Farhat, 19, poses for a photograph in Islamabad, Pakistan, Wednesday, Dec. 24, 2008. Naila was burned on her face with acid thrown by a boy whom she rejected for marriage five years ago. She has undergone plastic surgery several times to try to recover from her scars.


Saira Liaqat, 26, poses for the camera as she holds a portrait of herself before being burned, at her home in Lahore, Pakistan, Wednesday, July 9, 2008. When she was fifteen, Saira was married to a relative who would later attack her with acid after insistently demanding her to live with him, although the families had agreed she wouldn't join him until she finished school. Saira has undergone plastic surgery 9 times to try to recover from her scars.

STOP ViOLENCE AGAiNST WOMEN!!!

Peguam Syarie Menulis: Seksyen 51 nafi hak mualaf bubar perkahwinan

Oleh Mohamad Isa Abd Ralip

JIKA salah seorang pasangan suami isteri bukan Islam memeluk Islam, perkahwinan itu boleh terbatal dengan sendirinya jika pihak satu lagi tidak turut masuk Islam dalam tempoh edah. - Gambar hiasan

Mahkamah Sivil hanya benar pasangan bukan Islam fail petisyen batal ikatan suami isteri

UNDANG-UNDANG perkahwinan dan perceraian di negara ini ditadbir dua kod berbeza yang merujuk kepada Islam dan bukan Islam. Bagi orang Islam, mereka tertakluk kepada enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri masing-masing.

Bagi bukan Islam pula dikawal selia di bawah Akta Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164) atau dikenali dengan 'Law Reform Act'.

Seksyen 51 Akta Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 memperuntukkan jika satu pihak memeluk Islam, maka pihak satu lagi boleh membuat petisyen di mahkamah untuk membubar perkahwinan.

Mahkamah boleh membuat perintah kepada isteri atau suami bagi menjaga kepentingan anak jika ada, atau meletakkan syarat apabila membubarkan perkahwinan itu. Mahkamah dimaksudkan ialah Mahkamah Sivil.

Jika meneliti Seksyen 51 Akta Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976, peruntukan seksyen hanya memberi hak kepada pihak yang tidak memeluk Islam memfailkan petisyen pembubaran perkahwinannya di mahkamah. Sementara pihak yang memeluk Islam tiada hak membubarkan perkahwinan.

Merujuk Seksyen 46 (2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003, jika salah satu pihak bukan Islam memeluk Islam, perbuatan demikian tidak boleh sendirinya berkuat kuasa membubarkan perkahwinan itu sehingga Mahkamah Syariah mengesahkannya.

Jelaslah di sini ada percanggahan antara dua undang-undang itu. Bagaimanapun pihak yang masuk Islam boleh memohon membubarkan perkahwinan di Mahkamah Syariah melalui Seksyen 46 (2) enakmen berkenaan, tetapi perintah dikeluarkan Mahkamah Syariah tidak mengikat pihak yang tidak memeluk Islam.

Kebiasaan yang berlaku, sering kali perintah Mahkamah Syariah tidak dihiraukan dan dipandang sepi oleh pihak tidak memeluk Islam kerana mereka berpendirian perkahwinan didaftarkan melalui kaedah sivil. Mahkamah Sivil satu-satunya medan berhak membubarkan perkahwinan itu, bukannya Mahkamah Syariah.

Mengikut Seksyen 51 Akta Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976, pihak memeluk Islam tidak mempunyai cara untuk membubarkan perkahwinan dan ini tidak adil bagi pasangan yang memeluk Islam.

Berdasarkan pelaksanaan sekarang, pihak yang memeluk Islam dinafikan haknya untuk hidup mengikut kepercayaan agamanya, kerana beliau dianggap masih suami isteri di sisi undang-undang jika pihak tidak memeluk Islam tidak memfailkan petisyen pembubaran perkahwinan.

Kebanyakan kes yang dibawa ke mahkamah di negara kita adalah mengenai kesan pemelukan Islam oleh salah satu pihak daripada perkahwinan bukan Islam. Mengikut undang-undang Islam, jika salah seorang pasangan bukan Islam memeluk Islam dan pihak satu lagi tidak mengikutinya memeluk Islam dalam masa edah, perkahwinan itu dengan sendirinya terbatal.

Tetapi di Malaysia, seseorang yang memeluk Islam masih terikat dengan undang-undang sivil.

Jabatan Peguam Negara sudah mengemukakan beberapa cadangan bagi mengatasi konflik bidang kuasa syariah dan sivil, antaranya pindaan seksyen 51 Akta Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 bagi memberi hak kepada orang Islam mempetisyen pembubaran perkahwinan di Mahkamah Sivil.

Pada masa sama, Jabatan Peguam Negara mencadangkan pindaan terhadap Akta Undang-Undang Keluarga Islam 1984. Cadangan dikemukakan Jabatan Peguam Negara bagi mengatasi konflik bidang kuasa antara syariah dan sivil.

Turut dicadangkan, perkahwinan sivil seorang mualaf dibubarkan secara automatik selepas tiga bulan disahkan sebagai Islam. Cadangan itu selari undang-undang Islam iaitu jika seseorang suami mahupun pihak isteri yang berkahwin di bawah undang-undang bukan Islam kemudian memeluk agama Islam dan pihak satu lagi tidak mengikutinya memeluk Islam dalam masa edah, perkahwinan itu dengan sendirinya terbatal.

Namun demikian cadangan itu mendapat tentangan kerana dikatakan tidak memberi keadilan kepada pasangan bukan Islam.

Persoalannya, apakah Parlimen mempunyai kuasa meminda undang-undang kepada orang Islam saja kerana kuasa perundangan individu dan keluarga Islam adalah hak eksklusif kerajaan negeri.

Seperti termaktub dalam Senarai 1 � Senarai Persekutuan perkara 4 (e)(i) dan (ii), Kerajaan Persekutuan/Parlimen mempunyai kuasa membuat undang-undang diri dan keluarga bagi orang bukan Islam.

Bagaimanapun, Kerajaan Persekutuan boleh membuat undang-undang diri dan keluarga Islam untuk tujuan penyeragaman dengan persetujuan Majlis Raja-Raja.

Pindaan yang dicadangkan itu akan memberi kesan terhadap undang-undang syariah antaranya Seksyen 46 (2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam dipadamkan bagi meraikan pindaan Seksyen 51 Akta Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976.

Seterusnya, ia memberi kuasa kepada Mahkamah Sivil untuk menentukan pembubaran perkahwinan yang sudah wujud dalam Jadual Kesembilan Senarai 2 - senarai negeri (perkara 1). Pindaan itu menyempitkan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Penulis ialah Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)

Sumber : BHarian 2009/12/02

Tajdid Iman: Guru penyuluh ilmu, pencetus hidayah

Oleh Dr Juanda Jaya
juanda72@hotmail.com

PELAJAR mampu mencapai kejayaan dan bangkit daripada kemalasan kerana menyahut seruan guru. - Gambar hiasan

Profesyen paling mulia kerana melalui bimbingan ustaz, ustazah umat mengenal agama

SETINGGI penghormatan sememangnya layak dikurniakan kepada insan mulia yang berjasa membuka pintu hidayah untuk kita. Insan pertama membacakan ayat Allah dengan harapan sucilah hati kita, teranglah akal dan lapanglah dada.

Walaupun guru hanyalah manusia biasa yang tidak lepas daripada salah silap, bukan bermakna kita boleh menutup mata daripada kemuliaan dan jasanya. Ingatkah lagi ketika kita mendengar khabar menggembirakan mengenai Maha Pengasih dan Penyayang Allah. Atau kisah sirah keluhuran akhlak Rasulullah SAW yang mengharukan, mengenai pencarian syurga yang melelahkan dan kengerian neraka menggerunkan. Semua itu pernah kita dengar daripada lisan mulia guru kita.

Bukankah air mata tidak sedikit yang berguguran saat mendengar peringatannya? Hati menjadi sayu ketika cahaya hidayah itu cuba menyelinap masuk melalui ayat Allah yang dibacakannya. Dada terasa lapang menerima kebenaran dituturkan indah menerusi dalil dan nas sahih pilihannya. Merekalah mewarisi harta pusaka Nabi dan Rasul sejak zaman berzaman. Alangkah beruntung dan bersyukur kita yang menadah tangan di bawah pancaran mata air hidayah itu. Menyusuri jalan mendaki selangkah demi selangkah mengenal Allah seraya mengharap kasih-Nya.

Mendekati keharuman peribadi Rasulullah SAW melalui paparan sirahnya, maka dengan ilmu datanglah hidayah untuk kita menerima Islam dan iman. Jika bukan kerana insan dipanggil ustaz atau ustazah, apa jadi dengan diri kita tanpa bimbingan mereka. Allah berfirman yang bermaksud: "Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, mereka itulah orang yang beruntung." (Surah Ali-Imran, ayat 104).

Profesyen guru, murabbi dan pendakwah diiktiraf sebagai profesyen paling mulia di muka bumi ini kerana maruah agama bergantung kepada mereka yang berjuang dalam medan dakwah. Mereka adalah jantung hati umat yang didoakan malaikat, tidak terkecuali makhluk Allah di daratan dan lautan sentiasa mengucap salam dan doa selamat kepada seorang guru, murabbi dan pendakwah yang amanah dengan ilmunya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah Taala, malaikat-Nya, penghuni langit dan bumi hatta semut di sarangnya dan ikan di lautan berselawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia." (Hadis riwayat Imam Al-Tirmizi)

Melalui lisan guru, murabbi dan pendakwah yang fasih lagi jujur, seorang ahli maksiat menemui jalan taubat, mencampakkan kejahatannya daripada seluruh anggota badan dengan azam menjadi insan bersih, seorang pencinta dunia mematikan hawa nafsunya kepada harta yang haram dan berlumba memperbanyak sedekah kerana takutkan akhirat. Seorang pelajar bangkit daripada kemalasan, melompat setinggi-tingginya mencapai darjat ilmu dan kemuliaan akhlak kemudian tunduk serendah-rendahnya seraya mengamalkan apa didengar melalui lisan guru dan murabbi. Alangkah mulia pengiktirafan kepada seorang guru yang memiliki kefasihan dan kejujuran lisan melalui firman Allah Taala yang bermaksud: "Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh, dan berkata: Sesungguhnya Aku termasuk orang yang menyerah diri?" (Surah Fushsilat, ayat 33)

Walaupun hidayah itu milik Allah dan hanya Dialah berhak memberi kepada siapa dikehendaki-Nya tetapi melalui hamba yang menyampaikan, berdakwah dan menegakkan amar makruf nahi mungkar, hidayah itu datang ke dalam jiwa insan. Tiada ganjaran lebih menguntungkan selain menolong agama Allah, mengajak manusia kepada kebenaran dan mengajak mereka ke jalan-Nya. Untuk itu, setiap jerih payah seorang yang mengajarkan kebaikan adalah sama pahalanya seperti orang mengamalkan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Barang siapa menyeru kepada hidayah, mereka memperoleh pahala orang yang mengikutinya, tidak mengurangi pahala orang itu sedikitpun." (Hadis riwayat Muslim).

Namun begitu, di sebalik janji dan ganjaran Allah yang melimpah, pujian dan penghormatan menggunung tinggi kepada semua da'i dan guru, sememangnya ujian pasti datang cuba menjejaskan keikhlasan mereka berjuang. Betapa ramai yang gugur di medan angkara hasad dengki manusia yang tidak sudi. Perjalanan da'i dicemburui kerana ramai pengikut dan pembela sejati. Tidak segan mereka memfitnah ulama sebagai pembawa ajaran sesat, penyeleweng dan berkomplot menjatuhkan orang yang berkuasa.

Permainan dunia sekali lagi menjejaskan perjuangan meninggikan agama Allah. Setiap kurun ia berlaku, dari semasa ke semasa dengan isu sama, mencari dalil dan nas untuk sesat menyesatkan orang yang tidak sefahaman. Padahal, dalil yang terang lagi bersuluh sentiasa dibaca, seperti seruan Allah supaya umat ini bersatu hati memperkuat barisan.

Firman Allah yang bermaksud: "Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dulu (masa Jahiliah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah orang yang bersaudara dan kamu sudah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-Nya kepadamu, supaya kamu mendapat petunjuk. Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, merekalah orang yang beruntung. Dan janganlah kamu menyerupai orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan jelas kepada mereka. Mereka itulah orang yang mendapat seksa yang berat." (Surah Ali-Imran, ayat 103-105).

Demikian pula kebencian terpancar dari wajah Rasulullah SAW apabila mendengar isu membangkitkan perpecahan yang boleh melemahkan umat Islam.

Imam Al-Bukhari meriwayatkan daripada Abdullah bin Mas'ud, beliau berkata: "Aku mendengar seorang lelaki membaca 10 ayat tetapi qiraat orang itu berbeza daripada qiraat yang pernah aku dengar daripada Rasulullah SAW. Lalu aku khabarkan hal itu kepada Baginda SAW. Maka aku melihat kebencian pada wajah Baginda seraya bersabda: Keduanya adalah baik. Janganlah kalian berselisih."

Malangnya, ujian bagi ulama sememangnya berat seperti beratnya pahala mereka yang melimpah. Senang mendapat untung senang pula mendapat rugi bahkan mungkin muflis habis. Hanya hidayah Allah mampu menyelamatkan manusia daripada ditipu ilmunya sendiri.

Penulis ialah Mufti Perlis

Sumber : BHarian 2009/12/01

Syariah wajar dijadikan teras kehidupan


Oleh Zainul Rijal Abu Bakar
zainul.rijal@abubakar.my

IBADAT solat menghubungkan manusia dengan Tuhannya dan juga saudara seagama. - Gambar hiasan

Pengawalan aturan ditetapkan Allah patut dibuat menyeluruh bukan ikut bahagian tertentu

SECARA etimologi, syariah bererti aturan atau ketetapan yang Allah perintahkan kepada hamba-Nya. Secara terminologi pula, syariah bermaksud penerapan seluruh aspek kehidupan, sesuai ajaran Islam yang berkait dengan masalah ibadat umum dan khusus yang dinisbahkan kepada sumber hukum Islam.

Mahmud Syaltut mendefinisikan syariah sebagai aturan yang ditetapkan Allah, supaya manusia mengadaptasi aturan itu untuk mengatur hubungan dirinya dengan Tuhannya dan hubungan dirinya dengan saudaranya yang Muslim dan saudara kemanusiaannya (bukan Islam) serta hubungan dirinya dengan alam semesta dan kehidupan.

Allah berfirman yang bermaksud: "Untuk tiap-tiap umat di antara kamu, Kami berikan aturan dan jalan yang terang. Sekiranya Allah menghendaki, nescaya kamu dijadikan-Nya satu umat saja, tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberian-Nya kepadamu." (Surah Al-Maidah, ayat 48)

Rasulullah pernah diriwayatkan sebagai bersabda yang bermaksud: "Umat aku selalu berada di atas syariah, selama di tengah-tengah mereka belum nampak tiga perkara iaitu selama ilmu belum dicabut daripada mereka, selama di tengah-tengah mereka belum banyak anak zina serta belum nampak di tengah-tengah mereka 'al shaqqaruun."

Sahabat pun bertanya: "Ya Rasulullah, apa 'al shaqqaruun' itu?" Rasulullah menjawab: "Manusia yang ada di akhir zaman yang mana ucapan antara mereka adalah saling melaknat antara satu sama lain."

Yusof al-Qaradhawi pula menegaskan ada enam ciri syariah Islam iaitu:

1. Robbaniyah (ketuhanan) - oleh kerana ia bersifat 'ketuhanan' maka seseorang Muslim tidak mempunyai alasan untuk menolak syariah kerana seorang Muslim mesti meyakini hukum syariah yang paling adil dan sempurna.

2. Insaniyah (kemanusiaan) - syariah mengangkat martabat manusia serta memeliharanya. Ia dicipta untuk manusia dan sesuai dengan kapasiti manusia itu sendiri tanpa mengira ras, warna kulit atau status.

3. Syumuliah (komprehensif) - syariah Islam mengatur seluruh kehidupan manusia dan tidak secara terpilih dalam bidang tertentu saja.

4. Akhlaqiah (peribadi mulia) - akhlak dan moral menjadi benteng kepada keindahan syariah Islam kerana tujuan Rasulullah SAW diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia;

5. Waqiyyah (realistik) - syariah Islam adalah benar dan realistik, tidak ketinggalan zaman, memacu kejayaan dan praktikal; dan

6. Tanasuq (keteraturan) - sifat saling lengkap melengkapi dalam syariah menjadikannya suatu sistem atau tanzim yang terbaik kerana ia tidak bertentangan antara satu sama lain.

Oleh demikian, syariah adalah satu cara hidup bagi umat Islam dan ia tidak hanya perlu diamalkan mengikut bahagian tertentu saja.

Menelusuri kepada sejarah pula, kita akan mendapati penjajahan terhadap masyarakat Islam memberi kesan besar dengan meminggirkan sistem kehakiman dan undang-undang syariah yang mana bidang kuasa syariah ini dihadkan kepada undang-undang diri dan beberapa aspek kecil saja.

Syariah tidak mempunyai peranan dalam kebanyakan aspek lain.

Pembebasan daripada penjajahan pula tidak secara automatik membebaskan umat Islam daripada belenggu penjajahan itu sendiri kerana benih-benih penjajahan sudah bersemadi dalam jiwa umat Islam sepanjang penjajahan.

Malah sudah tidak asing lagi dalam dunia Islam kita akan mendapati orang Islam sendiri menentang sebarang usaha mengarusperdanakan syariah. Walaupun sejak berpuluh tahun lalu memang wujud gerakan mengarusperdanakan syariah di tempat sepatutnya, usaha itu masih belum menampakkan kejayaannya lagi.

Hakikatnya, umat Islam lebih suka ditadbir di bawah undang-undang syariah berbanding undang-undang asing yang dikenakan terhadap mereka. Syariah tidak wajar diharmonikan dengan undang-undang lain tetapi undang-undang lain itulah yang perlu diasimilasikan dengan syariah supaya tidak tergelincir daripada landasan syariah.

Tiada pilihan bagi umat Islam untuk memilih jalan selain daripada Islam kerana umat Islam tidak teruja dengan kehebatan kemampuan akal fikiran manusia. Ini disebabkan betapa hebat pun kemampuan akal fikiran manusia, ia masih lagi di bawah taklukan dan kawalan Yang Maha Esa.

Begitu juga kebejatan akhlak, sahsiah diri dan tatasusila dalam masyarakat adalah hasil pengasingan agama daripada kehidupan seharian. Jika benarlah nilai hidup Barat itu yang terbaik kenapa masyarakat Barat sendiri seolah-olah tercari-cari arah tujuan dan penanda aras bagi masyarakat mereka?

Walaupun begitu, bukanlah saya mengatakan semua yang datang dari Barat itu tidak baik. Memang tidak dinafikan ada kebaikan dalam sesuatu masyarakat itu tetapi kita perlu pandai mengutip yang baik, membezakan antara kaca dan permata supaya tidak menghakis jati diri umat Islam sendiri.

Dalam hal demikian, sebenarnya segenap usaha perlu digembleng untuk mengarusperdanakan syariah, bukan sekadar mengharmonikan syariah saja. Kita perlu menjadikan syariah sebagai teras kehidupan dan bukan sebagai alternatif kepada sistem yang ada di depan kita masa ini. Penulis adalah Peguam bela/Peguam cara dan Peguam syarie dan boleh dihubungi melalui email di zainul.rijal@abubakar.my

Sumber : BHarian 2009/12/07

Jumaat, Disember 04, 2009

Positif hadapi kritikan


Bergelar seorang manusia, kita tidak dapat mengelakkan diri daripada dikritik, dicaci dan dihina. Sedangkan Allah yang Maha Pencipta, Maha Hebat, Maha Pengasih pun dicerca orang yang tidak berakal, inikan pula kita manusia.

Kala meniti kehidupan, kita selalu memberi, memperbaiki, mempengaruhi dan berusaha bangun setelah jatuh dan semua ini tidak terlepas daripada kritikan yang sinis, pedas dan menyakitkan. Dan tidak mustahil diri kita dihina tanpa henti sehinggalah kematian menjemput diri. Ingatlah, orang yang duduk di atas tanah tidak akan jatuh. Mereka mungkin marah, sakit hati dan benci atas kebaikan, ilmu, harta dan kejayaan kita. Kita mungkin mendahului mereka dalam apa jua perkara.

Firman Allah SWT yang bermaksud, “Katakanlah kepada mereka (wahai Muhammad): Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu. Sesungguhnya Allah mengetahui segala isi hati.” (Surah ali-‘Imran [003], ayat 119)

“….Dan mereka tidak mencela (Allah dan Rasul-Nya), kecuali karena Allah dan Rasul-Nya telah melimpahkan karunia-Nya kepada mereka. Maka jika mereka bertobat, itu adalah lebih baik bagi mereka, dan jika mereka berpaling, niscaya Allah akan mengazab mereka dengan azab yang pedih di dunia dan di akhirat; dan mereka sekali-kali tidak mempunyai pelindung dan tidak (pula) penolong di muka bumi.” (Surah at-Taubah [009], ayat 74)

Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Apakah tidak menarik hatimu bagaimana Tuhan menghindarkan daripadaku caci maki dan kutukan orang Quraisy? Mereka mencaci maki dan mengutuk orang yang tercela, sedangkan aku orang yang terpuji.” (Hadis riwayat Bukhari)

Daripada hadis di atas, dapat kita fahami ada dua sifat yang bertentangan iaitu :
  1. 1. yang terpuji (mahmudah) dan
  2. 2. yang tercela (mazmudah).
Rasulullah SAW adalah manusia yang terpuji. Meskipun ditentang, dimusuhi, mula-mula dengan kata-kata, kemudian dengan makian, penghinaan, ancaman dan akhirnya pembunuhan namun baginda tidak pernah membalas kejahatan tersebut. Baginda tidak pernah marah dan bertindak keras bahkan bersikap tenang dan tidak pernah berputus asa. Nama baginda mencerminkan akhlak baginda yang sekaligus melontar kembali setiap tohmahan dan keburukan yang dilemparkan kepada yang mengutuk itu sendiri iaitu musuh-musuh baginda sama ada dari kaum kafir atau pun dari kalangan kaum munafiqin hingga akhirnya mereka melihat kebenaran yang dibawa baginda dan memeluk Islam.

Bukankah Allah SWT telah memberi peringatan kepada Rasulullah SAW tentang betapa manusia akan lari dan menjauhkan diri sekiranya baginda bersikap keras dan kasar. Sedangkan melalui kasih sayang, hati yang keras menjadi lembut dan cair untuk menerima kebenaran.

Jadi, berwaspadalah terhadap kritikan dan cemuhan. Kuatkan jiwa untuk mendengar apa yang mereka katakan. Jika hati kita terasa terusik, ini bererti kita membenarkan keinginan mereka untuk mengotori hidup kita. Cara terbaik yang boleh kita lakukan ialah dengan terus menunjukkan akhlak yang baik. Usah merasa tertekan terhadap usaha untuk menjatuhkan kita. Ini kerana setiap kritikan itu hakikatnya merupakan ungkapan penghormatan untuk kita.

Berdiam diri itu lebih baik untuk memadamkan api yang sedang marak.

Renung-renungkan!

Rabu, Disember 02, 2009

Anak Hiperaktif (ADHD)



Gambar hiasan

Perasaan marah, cemas dan gusar sering membelenggu ibu bapa setiap kali menerima panggilan atau surat daripada pihak sekolah yang mengatakan anak mereka nakal, tidak mendengar ajaran guru malah mendapat keputusan yang lemah di dalam kelas. Sifat anak yang tidak boleh duduk diam dan asyik bermain kemungkinan disebabkan sejenis sindrom dipanggil hiperaktif (attention deficit hyperactivity disorder - ADHD).

ADHD biasanya lapan peratus ke 10% dikesan bagi kanak-kanak yang sudah bersekolah. Lelaki adalah tiga kali ganda lebih ramai menghidap ADHD berbanding kanak-kanak perempuan. Ibu bapa boleh memastikan anak mengalami ADHD jika mereka kelihatan lebih bertenaga daripada biasa, cepat gelisah serta hilang tumpuan.

Pakar Pediatrik berkata kanak-kanak ADHD gemar bertindak sebelum berfikir, terlalu aktif dan sukar menumpukan perhatian terhadap sesuatu tugas. Kanak-kanak ini boleh memahami dan berfikir, tetapi tidak mengendahkannya. Sememang lumrah semua kanak-kanak bersikap begini, tetapi bagi ADHD, perangai mereka agak luar biasa nakal daripada kebiasaannya, terutama jika berminat terhadap sesuatu perkara baru. Kelemahan bagi kanak-kanak ini ialah mereka sukar bergaul dengan masyarakat serta lemah dalam akademik.

Kelakuan yang diperlihatkan oleh kanak-kanak bermasalah ADHD dibahagi kepada tiga iaitu kekurangan tumpuan perhatian, mengikut dorongan hati dan berkelakuan terlalu aktif.

1. Kekurangan tumpuan perhatian

Kanak-kanak yang sangat senang beralih pandangan dari satu perbuatan ke perbuatan yang lain dan seolah-olah tidak mendengar apabila orang cuba bercakap dengannya adalah kanak-kanak yang lemah kuasa tumpuan perhatian. Mereka selalunya menghabiskan tugas dibuatnya dan tidak boleh duduk bermain dengan lama seperti kanak-kanak lain.

2. Mengikut dorongan hati

Kanak-kanak itu tidak pernah merancang tindakan, malah terus melakukannya. Dia cepat berubah melakukan sesuatu yang lain. Ibu bapa dan guru mendapatinya sukar dikawal kerana dia tidak mengikut arahan.

3. Berkelakuan terlalu aktif

Kanak-kanak yang berkelakuan seperti suka berlari-lari, memanjat perabot, sukar duduk diam dan seolah-olah ada kuasa yang menyebabkan dia tidak boleh berdiam diri juga tergolong sebagai kanak-kanak hiperaktif.

Kanak-kanak lelaki lebih terdedah kepada masalah ADHD berbanding perempuan dan masalah itu selalunya turut menjejaskan prestasi persekolahan anak terbabit. Ini kerana, katanya, kekurangan tumpuan dan hiperaktif di kalangan kanak-kanak menyebabkan mereka lewat menerima setiap pelajaran dan sekali gus membantutkan pencapaian pendidikan mereka. Lazimnya, keadaan itu lebih kerap dialami kanak-kanak pra-sekolah dan ia boleh menjejaskan tahap pencapaian mereka di bidang pelajaran pada peringkat permulaan.

Punca ADHD

Bagaimanapun, ADHD akan lenyap secara beransur-ansur apabila mereka memasuki usia lapan atau sembilan tahun dan selepas tempoh itu, tidak mustahil anak berkenaan menunjukkan prestasi baik dalam bidang pelajaran. ADHD selalunya berlaku di kalangan kanak-kanak berusia di antara tiga dan lima tahun tetapi keadaan itu akan beransur pulih apabila mereka semakin membesar. Dari segi perubatan moden, sebahagian besar kanak-kanak bermasalah ADHD tidak menunjukkan sebarang kelainan dalam pemeriksaan fizikal. Bagaimanapun, ADHD sering dikaitkan dengan penyakit atau keadaan tertentu seperti meningitis atau penyakit selaput otak berkuman, kelembapan otak dan Rubella.

Faktor kebakaan, lemas ketika proses bersalin dan tekanan perasaan yang dialami wanita ketika proses kehamilan mendedahkan kanak-kanak kepada risiko ADHD. Wanita yang melalui proses kehamilan terdedah kepada pelbagai risiko dan mereka harus bijak menangani masalah dihadapi itu. Jika wanita hamil berasa tertekan sama ada di rumah mahupun di pejabat ketika proses kehamilan, bayi dikandung terdedah kepada pelbagai risiko negatif. Pergolakan dalam jiwa, kurang mendapat perhatian suami dan terlalu emosional sekaligus mendedahkan anak dikandung kepada ADHD. Sehubungan itu, wanita hamil perlu sentiasa tenang ketika menghadapi masalah dan menanganinya dengan bijaksana supaya setiap bayi yang dilahirkan berkeadaan sempurna.

Bagaimana mengenali kanak-kanak ADHD?

Mereka sentiasa lasak, ke sana sini tidak menentu dan pergerakan sukar dikawal. Kanak-kanak terbabit juga didapati sukar untuk mendisiplinkan diri mereka kerana apabila diminta berbuat sesuatu, mereka sukar mematuhi arahan. Malah, jika dinasihatkan supaya berbuat sesuatu, mereka tidak mengendahkan arahan dan terus menunjukkan sikap aktif mereka. Apabila dihantar ke sekolah, kanak-kanak itu tidak menunjukkan minat terhadap pelajaran kerana mereka kurang memberi tumpuan dan perhatian ketika guru mengajar. Kanak-kanak itu juga memperlihatkan pelbagai masalah seperti lambat bercakap, sukar dilatih untuk berdikari atau mengenali keadaan berbahaya.

Berkelakukan Pelik

Penghidap ADHD mempunyai fungsi otak yang mengawal aktiviti berbeza daripada normal. Ini membuatkan mereka sering berkelakuan pelik dan kelam kabut. Pengkaji dan doktor mengatakan ADHD berpunca daripada genetik tetapi tidak diketahui sebab utama yang mampu mengesahkan bagaimana ADHD boleh terjadi kepada manusia. ADHD berlaku apabila ada perubahan kimia yang dipanggil neurotransmitters pada otak manusia. Cairan kimia ini berfungsi menghantar pesanan antara sel saraf ke otak. Bagi individu yang kekurangan kimia ini akan menunjukkan simptom ADHD.

Ada beberapa pendapat pakar mengatakan saiz otak ADHD lima ke 10% lebih kecil daripada otak normal. Beberapa kajian dilakukan dan mendakwa merokok ketika mengandung boleh menyebabkan anak berisiko mendapat ADHD. Selain itu risiko lain ialah kelahiran pra matang, bayi dilahirkan dengan berat badan berkurangan dan kecederaan pada otak ketika di dalam perut ibu.

Pelbagai kontroversi mempengaruhi jumlah sebenar kanak-kanak yang menghidapi ADHD. Diagnosis dan perangkaan membuktikan antara 3~5% kanak-kanak menghidap ADHD setiap tahun. ADHD bukan sejenis penyakit berjangkit, tetapi sindrom seumur hidup bagi mereka yang mengalami situasi kronik.

Apa yang membimbangkan 35% daripada kanak-kanak ADHD lebih bersikap degil, sering membantah dan melanggar peraturan. Selain itu 18% daripada mereka lalai, tidak puas dengan apa yang ada, tertekan, masalah dalam pelajaran dan bersosial serta hilang rasa hormat terhadap diri sendiri. Kira-kira 25% lagi kanak-kanak ADHD, cepat risau, takut dan panik, menyebabkan jantung mereka berdegup laju, berpeluh, sakit perut dan cirit birit.

Walaupun ADHD tidak mengkategorikan mereka yang lemah dalam pelajaran, tetapi sindrom ini boleh menyebabkan gangguan terhadap penumpuan ketika sesi pembelajaran. Ini sekali gus boleh menjejaskan prestasi di sekolah.

Kepentingan permakanan yang betul

Pemakanan yang berkualiti adalah sangat penting untuk kesihatan kanak-kanak dan diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak yang optimum. Di masa tumbesaran meningkat, perubahan fisiologi berlaku dan mempengaruhi keperluan pemakanan. Jika keperluan ini tidak dipenuhi, ia boleh mempengaruhi kanak-kanak dalam banyak cara - mereka boleh mengalami tahap konsentrasi dan kecerdasan yang berkurangan, tingkah laku hiperaktif, tenaga berkurangan dan penyakit.

1. Kalsium

Adalah penting untuk tumbesaran tulang di mana 45% daripadanya berlaku semasa remaja. Pengambilan kalsium yang tidak mencukupi boleh menyebabkan kegagalan untuk mencapai jisim tulang matang di peringkat dewasa dan boleh meningkatkan risiko osteoporosis di lewat usia.

2. Asid lemak tepu

Wujud dalam susu ibu, ikan, walnut, biji flaks dan sayur-sayuran berdaun hijau yang perlu untuk fungsi sistem saraf dan perkembangan otak yang betul. Kekurangannya boleh menyebabkan kesukaran dalam pembelajaran dan masalah kulit.

3. Zat Besi

Diperlukan dalam paras yang lebih tinggi sewaktu remaja akibat peningkatan jisim badan tanpa lemak, isipadu darah dan hemoglobin dan untuk menggantikan darah akibat haid.

4. Vitamin B

Adalah diperlukan untuk mengelakkan keletihan, kemurungan dan kesukaran dalam pembelajaran dan bagi memberi tenaga yang sangat penting untuk kanak-kanak yang sentiasa aktif.

5. Zink

Adalah penting untuk mengalakkan tidur yang lena, tumbesaran dan perkembangan dan mencegah masalah tingkah laku, konsentrasi yang lemah dan rasa gemuruh. Pada dasarnya, diet harus mengandungi keseimbangan nutrien yang betul yang untuk perkembangan kanak-kanak yang sedang membesar. Jika pengambilan pemakanan yang betul dihalang oleh selera yang lemah, suplementasi harus dipertimbangkan. Ini adalah penting kerana kanak-kanak perlukan semua bantuan yang boleh didapati untuk membesar dengan kuat dan sihat. Diet adalah keperluan penting anak-anak.

Makanan yang anak-anak makan dan tidak makan mempunyai kesan besar ke atas kejayaan mereka di sekolah. Nutrien-nutrien berikut memainkan peranan penting dalam perkembangan dan fungsi otak kanak-kanak. Zink adalah bahagian penting struktur komunikasi antara sel-sel saraf. Oleh itu ia adalah penting untuk fungsi otak yang betul dan kekurangan zat besi dikaitkan dengan kelemahan kognitif. Daging dan makanan laut adalah sumber terbaik
zink. Kacang tanah, germa gandum, bijiran penuh dan biji labu kuning serta labu putih juga mempunyai kandungan zink yang tinggi.

6. Glukos

Otak seseorang anak bergantung pada glukos untuk bahan bakar. Meninggalkan sarapan boleh menyebabkan kekurangan gula dalam darah (glukos) dan melemahkan kemampuan kognitif. Anak-anak yang meninggalkan sarapan mempunyai daya perhatian yang singkat, mencapai markah yang rendah dalam ujian dan lebih sukar menumpukan perhatian berbanding rakan-rakan sekelas yang mendapat makanan yang baik.

7. Zat Besi

Anemia kekurangan zat besi adalah biasa bagi kanak-kanak. Otak kanak-kanak adalah sensitif terhadap paras zat besi yang rendah walaupun sebelum ujian darah menunjukkan masalahnya. Zat besi memainkan dua peranan penting: ia mengangkut oksigen dalam darah dan mengangkut oksigen itu di dalam sel-sel di mana ia di gunakan. Kanak-kanak anemia mempunyai tempoh perhatian yang berkurangan dan kurang bermotivasi untuk bertahan dalam tugas yang mencabar intelektual. Hidangkan bijirin yang diperkaya dengan zat besi untuk sarapan. Masukkan daging merah, tuna atau ayam dalam menu sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Hidangkan banyak sayuran berdaun hijau tua, brokoli dan kekacang.

8. Asid Folik

Asid folik adalah penting untuk pembentukan dan kematangan sel-sel darah merah dan putih. Seorang pelajar yang kekurangan asid folik akan berasa keletihan, bersikap tidak peduli, perengus dan pelupa. Buah-buahan dan sayur-sayuran mentah, terutamanya jus oren dan bayam adalah sumber asid folik yang terbaik.

9. Vitamin-vitamin B

Vitamin-vitamin B bertindak membantu membuka tenaga dalam glukos. Kekurangan dalam vitamin-vitamin B boleh mengganggu pembelajaran dengan menyebabkan perubahan perwatakan termasuk sifat agresif, sifat permusuhan dan kemurungan. Tiada satu sumber makanan yang membekalkan kesemua vitamin B yang diperlukan, oleh itu kepelbagaian adalah penting. Bijiran sarapan yang diperkuat juga adalah sumbar vitamin-vitamin B yang bagus.

10. Vitamin A

Nutrien ini diperlukan untuk perkembangan sistem saraf yang betul dalam janin yang sedang membesar. Terdapat juga bukti yang menunjukkan ia juga diperlukan untuk fungsi otak yang optimum semasa hidup. Vitamin A ditemui dalam bentuk beta karotena dalam buah-buahan berwarna oren tua dan kuning serta sayur-sayuran berdaun hijau tua.

Bagaimana menangani masalah kanak-kanak ADHD?

Fungsi ibu bapa amat penting dalam menghadapi masalah kanak-kanak ADHD. Dalam keadaan ini, ibu bapa perlu banyak bersabar dan menggunakan teknik yang betul untuk menghadapi masalah seumpama itu. Lazimnya, pemeriksaan urat saraf di kalangan sebahagian besar kanak-kanak dikatakan mengalami sindrom hiperaktif selalunya tidak menunjukkan sebarang gangguan.

Malah, di kalangan kanak-kanak yang dikatakan mengalami kerosakan otak, sebahagian besar tidak menunjukkan kelakuan hiperaktif. Proses penilaian kanak-kanak yang dikatakan hiperaktif merangkumi pemeriksaan pediatrik dan psikologi. Pemeriksaan juga harus dilakukan oleh pakar kanak-kanak untuk memastikan tiada gangguan urat saraf atau tahap ciri elemen plumbun yang tinggi dalam darah. Apabila anak menunjukkan tingkah laku tidak elok, nasihatkan mereka tidak mengulangi perbuatan itu tetapi jika mereka berbuat baik, jangan lupa memuji.

Rawatan

ADHD tidak boleh diubati tetapi boleh dikawal. Caranya dengan bantuan ibu bapa dan orang sekeliling. Rawatan ADHD juga dikatakan lebih baik dengan gabungan perubatan dan terapi. Amat penting menetapkan rawatan terapi yang spesifik dan sesuai untuk kanak-kanak ini. Susulan rawatan yang sistematik sangat membantu kembali normal. Segala maklumat perkembangan mereka boleh didapati melalui ibu bapa, guru dan kanak-kanak itu sendiri.

Masalah kanak-kanak yang menghidap ADHD adalah rumit dan memerlukan kesabaran yang tinggi dalam merawat mereka. Perawatan alternatif semakin menjadi perhatian, termasuk makanan tambahan dan herba, manipulasi kiropratik dan perubahan diet. Walaupun memakan serat dan nutrisi asas lain adalah baik dalam proses merawat ADHD, tidak banyak kajian mengesahkannya. Bagaimanapun tidur yang cukup terbukti dapat membantu mengurangkan simptom ADHD.

Kanak-kanak ini mungkin diberikan terapi tambahan bergantung kepada simptom dan apa yang diperlukan mereka. Ibu bapa perlu selalu berwaspada terhadap setiap tindakan yang boleh membahayakan diri kanak-kanak itu. Beritahu doktor jika ada sebarang perubahan yang berlaku.

Petua untuk mengawal anak-anak hyperaktif.
  1. Jaga pemakanan mereka; pastikan yang halal dan dari punca yang halal dan berkhasiat.
  2. Peluk di waktu pagi dan juga di waktu malam tiap hari.
  3. Tidurkan mereka dengan bacaan surah Maryam atau zikir nama tuhan atau asmaulhusna.
  4. Usap kepala mereka dan bacakan selawat shifa.
  5. Dikatakan memberi secawan teh markisa (yang diperbuat daripada daun markisa) atau dua gelas jus markisa dapat menenangkan kanak hiperaktif.
Amalkan setiap hari, insya-Allah mujarab.

Kompilasi : Berita Minggu dan MyPendidik

Selasa, Disember 01, 2009

Beri 'didikan cinta' kepada suami

Oleh Dr Juanda Jaya



Hari telahpun larut malam tetapi ibu kepada anak-anaknya yang lima orang itu tidak juga pulang-pulang ke rumah. Lelaki itu dihinggapi rasa sesal yang membuka-buak di hatinya, bercampur takut dan risau hingga tubuhnya gementar. Sepuluh tahun usia pernikahan mereka tidak pernah sekalipun dia menyatakan penghargaan cintanya yang tulus kepada sang isteri.

Dia memang lelaki yang tidak romantik. Alasannya cukup mudah, buat apa nak tunggu hari bersejarah untuk menyatakan “I love you”? nak bagi hadiahpun, bila-bila masa boleh. Lelaki ini memang agak pemalu dan tidak memiliki jiwa seni langsung. Dia tidak kenal makna sebuah ungkapan syair cinta, tidak biasa memberikan kejutan yang romantik, Apatah lagi nak korbankan duit untuk benda-benda yang baginya tidak penting.

Mula-mula isteri tidaklah cerewet sangat dengan perangai macam “tunggul kayu” suaminya itu. Tetapi lama kelamaan setelah mendengar dan melihat kawan-kawan suami dan adik-beradiknya sendiri begitu meraikan isteri-isteri mereka, timbul juga rasa dengki dan iri hati. Apatah lagi kalau serangan stress datang saat bulan mengambang. Ish… rasa diri tidak dihargai dan disayangi tiba-tiba melanda hatinya. Malam inilah saatnya dia memberi pengajaran kepada suaminya yang tidak hangat itu. Malam anniversary yang ke sepuluh, biar dia rasa duduk di rumah dengan karenah anak-anak yang terlebih manja.

Ulangtahun perkahwinan

Ibu muda itu masih memandang jauh ke tebing sungai yang menjadi tempat tercantik di tengah kota saat malam mendakap bumi. Dia merasa sunyi, sedih dan gelisah apabila melihat beberapa pasangan muda lalu lalang di hadapannya berpegangan tangan. Pandangannya jadi suram, seiring jatuhnya titisan air hujan di atas cermin hadapan kereta, jatuh juga air matanya yang tergenang di pelupuk mata yang tidak mampu lagi membendung alirannya.

Dadanya rasa sesak dipukul soalan-soalan yang tidak kunjung ditemui jawapannya. Mengapa setiap tahun aku hanya diizinkan Allah Taala merasai gementar saja menunggu surprise romantik daripadanya. Tapi semua itu berlalu tanpa ada apa-apa, mengalir begitu saja seperti aliran air sungai yang tidak peduli perlawanan enjin sampan-sampan comel yang dihiasi berwarna-warni menyeberangi ke sana ke mari. Selama sepuluh tahun aku mencintai lelaki yang seolah-olah tidak mencintai aku. Ish… kalau tidak cinta, kenapa kami ada lima orang anak?

Mengapa sikapnya begitu dingin apabila tiba bulan Disember, takkan kerana musim hujan, kot? Padahal dia tahu akhir Disember adalah hari jadi perkahwinan kami. Mungkin juga hujung tahun banyak kerja yang berganda-ganda beratnya. Makin kuat kerja makin banyaklah duit suamiku, tengoklah beberapa harta yang mampu dimilikinya. Ah, buat apa kaya kalau hati merana? Astagfirullah… mengapa aku menjadi kufur nikmat?! Bukankah Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya, “Kebanyakkan wanita masuk neraka adalah kerana tidak berterima kasih kepada suaminya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Mengapa aku mempermainkan perasaan dengan rasa tidak puas hati kepada suami? Bukankah dia yang menjaga makan minum kami sekeluarga sementara ramai perempuan yang tidak terbela hidup mereka. Yang menjadi mangsa bukan sedikit, yang tidak diberi nafkah, yang diseksa dengan kekejaman dan keganasan. Semestinya aku bersyukur kerana mendapat suami yang bertanggungjawab, walaupun dia bukan dari spesies romantik. Kalau romantik berlebihanpun susah juga. Boleh saja wanita-wanita lain tergila-gilakannya dengan sifat romantiknya itu. Bukankah lelaki yang baik hati lebih mengancam? Tidak kiralah beristeri ataupun belum.

Didikan cinta

Tapi bukankah Rasulullah SAW juga menyuruh para suami untuk menggauli isteri mereka dengan romantik, sehingga Rasulullah SAW sendiri apabila mahu keluar solat ke masjid selalunya baginda mencium isterinya terlebih dahulu? (Hadis riwayat Abu Daud) hadis ini telah menjadi hujah ulama yang menyatakan boleh menyentuh isteri dan ia tidak membatalkan wuduk. Kalau anda pernah merasai seperti mana yang ibu muda ini rasai, janganlah bersedih. Bawa bertenang, enjoy dan releks hadapi apa jua masalah. Jawapan di atas keperitan yang anda rasai ini senang saja.

Pertama, biasanya (ini merupakan rahsia para suami, biar saya beritahu anda) suami sengaja buat tidak tahu kepada isterinya untuk melihat adakah isterinya itu eka dan mahu memulai dahulu melakukan perkara-perkara romantik yuang boleh dinikmati berdua.

Kedua, dia mahu mendidik anda menjadi isteri yang boleh berdikari. Lelaki mempunyai perwatakan tegas, berwibawa dan tinggi maruahnya haram mempamerkan gaya romantik dalam mempergauli isteri. Dia beranggapan bahawa istei perlu dididiksecara tegas supaya dia boleh berdikari. Kemesraan dan perhatian yang berlebih-lebihan terhadap isteri boleh membuat isteri menjadi congeng dan lebik. Baginya perempuan mesti bertanggungjawab sama seperti lelaki.

Ketiga, romantik seolah-olah membawa makna harus menjadi lelaki lembut. Tentu para suami geli dan rasa bodoh menggayakan sikap yang bukan daripada sikap aslinya.

Jadi buat apa anda pening kepala memikirkan bagaimana membuat suami menjadi romantik?

Sebenarnya, isteri lebih sesuai memberi contoh teladan gaya paling romantik. Walaupun suami tidak peduli, teruskan saja menyentuhnya dan memberi perhatian dan layanan yang terbaik, kerana sikap anda adalah proses ‘didikan cinta’ untuk suami anda. Kalau anda memberi, pasti dia akan membalas lebih hebat lagi. Percayalah!

Tiga belas aurat wanita


1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasulullah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki memakai gelang berloceng – Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur di zaman jahiliyah.

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidung belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) menutupkan (melabuhkan) kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya - Petikan dari Surah an-Nuur, ayat 31.

5. Gigi – Rasulullah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani.

Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahiliyah yang dahulu.

Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahiliyah.

7. Muka dan Tangan – Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasulullah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menahan (menundukkan sebahagian dari) pemandangannya – Petikan dari Surah an-Nuur, ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) – Maka janganlah kamu (perempuan) tunduk (terlalu lunak) dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit (perasaan serong) dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah al-Ahzab, ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah an-Nuur, ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya (memakai baju jilbab - baju labuh dan longgar) ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.


Wanita-wanita yang dikasihi sekalian, tunggu apa lagi, tutuplah auratmu, kerana ianya perintah dari Allah, Allah yang menciptakan kamu, Rabb yang memberikan kita kehidupan kekal abadi di akhirat kelak, baik atau buruk di atas rahmat Dia dan bagaimana buku amal kita diterima kelak. Jangan tunggu lagi, kita tidak pasti bila ajal maut kita atau bila Allah pilih kita untuk diberi hidayah.

Bersama-samalah kita berpesan untuk kebaikan bersama dan berdoa ke hadrat Allah atas kesilapan-kesilapan dan dosa-dosa yang telah kita lakukan, sentiasa bermuhasabah dan menginsafi diri sendiri serta tidak putus asa daripada meminta rahmat Allah SWT kerana ia adalah sifat kaum-kaum yang beriman..

Rabbana aatina fiddunya hasanah wafil aakhirati hasanah waqina ‘azabannar.

Sumber : BersamaSuzana

Capaian entri berkaitan :
  1. Fitnah dan suara wanita
  2. Berpakaian tetapi telanjang
  3. Menutup aurat bukan sekadar pakai tudung

Isnin, November 30, 2009

Kelopak mata bergerak-gerak


Hari ini sudah masuk seminggu kelopak mata bahagian atas sebelah kiri bergerak-gerak. Pergerakannya yang datang tidak menentu dan di luar kawalan amat mengganggu dan sesungguhnya merimaskan saya. Saya masih ingat masa kecil-kecil saya pernah mengadu mata saya bergerak-gerak dan mak pernah beritahu, ada beberapa tanda/alamat/petunjuk jika mata kita bergerak-gerak. Antara kata-katanya yang masih saya ingat :

  1. Kelopak mata sebelah kanan bahagian atas – nak tengok / akan berjumpa orang jauh atau lama terpisah atau akan mendapat berita baik

  2. Kelopak mata sebelah kanan bahagian bawah – akan mendapat berita gembira

  3. Kelopak mata sebelah kiri bahagian atas – seseorang yang jauh atau lama terpisah teringin nak jumpa kita

  4. Kelopak mata sebelah kiri bahagian bawah – akan menangis (akibat berita kurang baik / musibah)

Apapun alamatnya, saya rasa cukup rimas dan terganggu, menyebabkan saya mencari kaedah bagaimana hendak menghentikan pergerakan ini. Menurut sumber yang saya jumpa di internet, katanya urutan di kelopak mata dengan perlahan mampu mengurangkan pergerakan tidak terkawal dan kata itu lagi, keadaan otot di kelopak mata bergerak dengan sendiri (involuntary twitching of the eyelid) kerana keadaan letih atau stress.

Semoga mata saya cepat sembuh. Di bawah saya sertakan rahsia pergerakan anggota badan yang menarik untuk dikongsi bersama.

Orang dahulu kala memang suka mengaitkan sesuatu perkara dengan sesuatu alamat. Sejauh mana kebenarannya tidaklah diketahui. Tetapi yang pasti orang tua dahulu banyak meramal sesuatu melalui pemerhatian dan juga melalui pengalaman yang mereka lalui. Mungkin disebabkan banyak kebetulan yang berlaku membuatkan mereka mempercayai setiap alamat. Di sini diperturunkan beberapa petanda yang berhubung kait dengan pergerakan tubuh kita. Ia boleh dijadikan pengetahuan dan bukanlah untuk dipercayai semata-mata.

  1. Kelopak mata kanan bergerak = beroleh keamanan

  2. Kelopak mata kiri bergerak = melihat perempuan

  3. Kelopak mata kiri ke atas bergerak = ada orang akan berjalan jauh

  4. Kelopak mata kiri dibawah bergerak = hendak menangis

  5. Ekor mata kanan bergerak = menerima kedatangan orang jauh

  6. Ekor mata kiri bergerak-gerak = mendapat sedikit kepayahan

  7. Biji mata kanan bergerak-gerak = akan menangis dalam bercinta

  8. Biji mata kiri bergerak-gerak = gembira di hati

  9. Ubun bergerak = berbahagia pada hari tersebut

  10. Kening kiri bergerak-gerak = beroleh kelapangan

  11. Bibir bawah bergerak = akan menangis

  12. Waktu subuh kepala kita bergerak = beroleh kerja yang baik

  13. Siku kanan bergerak-gerak = beroleh kebahagiaan.

  14. Siku kiri bergerak-gerak = orang yang mengasihi kita akan datang

  15. Pelipis telinga bergerak = alami kebahagiaan

  16. Telinga bergerak-gerak = berkelahi

  17. Kepala bergerak = ada orang menyakiti hati kita

  18. Kepala bergerak ke kiri = beroleh kebesaran

  19. Bahu kanan bergerak-gerak = harta hendak datang

  20. Bahu kiri bergerak-gerak = bakal berjumpa pembesar/ketua

  21. Lengan kanan bergerak-gerak = akan sakit kepala

  22. Lengan kiri bergerak-gerak = beroleh harta

  23. Pipi kanan bergerak-gerak = alamat sakit mata

  24. Pipi kiri bergerak-gerak = sentiasa bahagia

Hah... kalau pipi kiri korang tak pernah bergerak-gerak, maknanya korang tak bahagialah... huk... huk... huk....

Wallahu‘alam....

Isnin, November 23, 2009

Kita insan yang beruntung


Cubalah perhatikan, ramai manusia di sekeliling kita sedang menghadapi pelbagai bencana. Betapa banyak penderitaan yang ditanggung dan hanya iman menjadi kekuatan untuk mengharunginya.

Jadi, usah merungut, bersedih dan berputus asa jika kita diuji dengan cabaran yang kecil. Kini sampailah masanya untuk kita merenung ke dalam diri sebagai orang yang mulia bersama mereka yang terkena musibah. Tiba juga masa untuk kita menyedari bahawa kehidupan di dunia ini merupakan penjara bagi orang-orang Mukmin dan ia adalah tempat kesusahan dan cubaan. Semua yang dimiliki hari ini hanya pinjaman dan segala-galanya boleh hilang sekelip mata bila ujian tiba seperti kemiskinan, kematian, kesakitan dan sebagainya.

Firman Allah SWT yang bermaksud, “….Dan Kami pula telah nyatakan kepada kamu berbagai-bagai contoh perbandingan (di dalam al-Quran dan melalui sabda Rasul).” (Surah Ibrahim [014], ayat 45)

Dan firman-Nya lagi yang bermaksud, “Apakah patut kamu mengira (menyangka) bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) sebagaimana yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan (disebabkan kepapaan, kemusnahan harta benda dan serangan penyakit), serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” (Surah al-Baqarah [002], ayat 214)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Tidak ada seseorang Islam yang ditimpakan sesuatu yang menyakiti, iaitu penyakit atau lainnya, melainkan Allah gugurkan dengan sebab itu dosa-dosanya, sebagaimana pokok menggugurkan daunnya (pada musimnya yang tertentu).” (Abdullah bin Mas’ud r.a.)

Dugaan yang kita hadapi merupakan penghapus dosa. Anggaplah dugaan yang diterima itu bagaikan duri-duri kecil yang tidak ada ertinya. Mohonlah kepada Allah SWT agar diberi kekuatan dan bersyukurlah di atas segala kurniaan-Nya. Jadikan Rasulullah SAW sebagai teladan yang redha dan bersabar dengan pelbagai cabaran yang menimpanya dalam menegakkan Islam. Sebagai umat Nabi Muhammad SAW, malulah kita jika hanya kerana dugaan kecil, kita sudah berputus asa.

Panduan bagi orang yang ditimpa bencana

Dari Syaddad bin Aus dan Al-Sunabihi r.a. bahawa keduanya telah masuk melawat seorang sakit, lalu mereka bertanya kepadanya: “Bagaimana keadaanmu pagi ini?” Ia menjawab: “Aku berada dalam keadaan baik.” Syaddad berkata kepadanya: “Bergembiralah engkau dengan perkara-perkara yang menghapuskan dosa-dosa dan menggugurkan kesalahan, kerana aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla berfirman: “Apabila aku menguji seseorang dari hamba-hamba-Ku yang mukmin dengan sesuatu penyakit, lalu ia memuji-Ku kerana ujian-Ku itu maka sesungguhnya ia akan bangkit dari tempat baringnya itu seperti masa ia dilahirkan oleh ibunya - bersih dari segala kesalahan”, dan Tuhan Tabaraka wa Taala berfirman kepada Malaikat penulis amal itu: “Aku telah mengikat hamba-Ku itu dan telah mengujinya, maka lakukanlah kepadanya apa yang kamu biasa lakukan untuknya (menulis amal baiknya) semasa ia berkeadaan sihat.”” (Syaddad bin Aus dan Al-Sunabihi r.a.)

Sememangnya, kita insan yang beruntung!

Jumaat, November 20, 2009

Fitnah dan suara wanita


Fatwa Muasyirah, Dr Yusuf Qardhawi

PERTANYAAN :

Sebahagian orang berprasangka buruk terhadap wanita. Mereka menganggap wanita sebagai sumber segala bencana dan fitnah. Jika terjadi suatu bencana, mereka berkata, “Periksalah kaum wanita!”

Bahkan ada pula yang berkomentar, “Wanita merupakan sebab terjadinya penderitaan manusia sejak zaman bapa manusia (Adam) hingga sekarang, kerana wanitalah yang mendorong Adam untuk memakan buah terlarang hingga dikeluarkannya dari syurga dan terjadilah penderitaan dan kesengsaraan atas dirinya dan diri kita sekarang.”

Anehnya, mereka juga mengemukakan dalil-dalil agama untuk menguatkan pendapatnya itu, yang kadang-kadang tidak sahih, dan adakalanya - meskipun sahih - mereka fahami secara tidak benar, seperti terhadap hadis-hadis yang berisi peringatan terhadap fitnah wanita, misalnya sabda Rasulullah SAW, “Tidaklah aku tinggalkan sesudahku suatu fitnah yang lebih membahayakan bagi laki-laki daripada (fitnah) perempuan.”

Apakah maksud hadis tersebut dan hadis-hadis lain yang seperti itu? Hadis-hadis tersebut kadang-kadang dibawakan oleh para penceramah dan khatib, sehingga dijadikan alat oleh suatu kaum untuk menjelek-jelekkan kaum wanita dan oleh sebahagian lagi untuk menjelek-jelekkan Islam.

Mereka menuduh Islam itu dusta (palsu) kerana bersikap keras terhadap wanita dan kadang-kadang bersikap zalim. Mereka juga mengatakan, “Sesungguhnya suara wanita - sebagaimana wajahnya - adalah aurat. Wanita dikurung dalam rumah sampai meninggal dunia.”

Kami yakin bahawa tidak ada agama seperti Islam, yang menyedarkan kaum wanita, melindunginya, memuliakannya, dan memberikan hak-hak kepadanya. Namun, kami tidak memiliki penjelasan dan dalil-dalil sebagai yang ustaz miliki. Kerana itu, kami mengharap ustaz dapat menjelaskan makna dan maksud hadis-hadis ini kepada orang-orang yang tidak mengerti Islam atau berpura-pura tidak mengerti.

Semoga Allah menambah petunjuk dan taufik-Nya untuk ustaz dan menyebar manfaat ilmu-Nya melalui Ustaz.

Amin.

JAWABAN :

Sebenarnya tidak ada satu pun agama langit atau agama bumi, kecuali Islam, yang memuliakan wanita, memberikan haknya, dan menyayanginya. Islam memuliakan wanita, memberikan haknya, dan memeliharanya sebagai manusia. Islam memuliakan wanita, memberikan haknya, dan memeliharanya sebagai anak perempuan.

Islam memuliakan wanita, memberikan haknya, dan memeliharanya sebagai isteri. Islam memuliakan wanita, memberikan haknya, dan memeliharanya sebagai ibu. Dan Islam memuliakan wanita, memberikan haknya, dan memelihara serta melindunginya sebagai anggota masyarakat.

Islam memuliakan wanita sebagai manusia yang diberi tugas (taklif) dan tanggungjawab yang utuh seperti halnya laki-laki, yang kelak akan mendapatkan pahala atau siksa sebagai balasannya. Tugas yang mula-mula diberikan Allah kepada manusia bukan khusus untuk laki-laki, tetapi juga untuk perempuan, yakni Adam dan isterinya (lihat kembali surah al-Baqarah [002], ayat 35 - Dan Kami berfirman: "Hai Adam diamilah oleh kamu dan istrimu surga ini, dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik di mana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim.)"
Perlu diketahui bahawa tidak ada satu pun nas Islam, baik Al-Quran mahupun As-Sunnah sahihah, yang mengatakan bahawa wanita (Hawa) yang menjadi penyebab diusirnya laki-laki (Adam) dari syurga dan menjadi penyebab penderitaan anak cucunya kelak, sebagaimana disebutkan dalam Kitab Perjanjian Lama.
Bahkan Al-Quran menegaskan bahawa Adamlah orang pertama yang dimintai pertanggungjawaban (lihat kembali surah Thaahaa [020], ayat 115~122, "Dan sesungguhnya telah Kami perintahkan kepada Adam dahulu, maka ia lupa (akan perintah itu), dan tidak Kami dapati padanya kemahuan yang kuat. ......... Maka keduanya memakan dari buah pohon itu, lalu nampaklah bagi keduanya aurat-auratnya dan mulailah keduanya menutupinya dengan daun-daun (yang ada di) surga, dan durhakalah Adam kepada Tuhan dan sesatlah ia. Kemudian Tuhannya memilihnya maka Dia menerima tobatnya dan memberinya petunjuk.)"
Namun, sangat disayangkan masih banyak umat Islam yang merendahkan kaum wanita dengan cara mengurangi hak-haknya serta mengharamkannya dari apa-apa yang telah ditetapkan syarak. Padahal, syariat Islam sendiri telah menempatkan wanita pada proporsi yang sangat jelas, yakni sebagai manusia, sebagai perempuan, sebagai anak perempuan, sebagai isteri, atau sebagai ibu.

Yang lebih memprihatinkan, sikap merendahkan wanita tersebut sering disampaikan dengan mengatas namakan agama (Islam), padahal Islam bebas dari semua itu. Orang-orang yang bersikap demikian kerap menisbatkan pendapatnya dengan hadis Nabi SAW yang berbunyi, “Bermusyawarahlah dengan kaum wanita kemudian langgarlah (selisihlah).”

Hadis ini sebenarnya palsu (maudhu'). Tidak ada nilainya sama sekali serta tidak ada bobotnya ditinjau dari segi ilmu (hadis). Yang benar, Nabi SAW pernah bermusyawarah dengan isterinya, Ummu Salamah, dalam satu urusan penting mengenai umat. Lalu Ummu Salamah mengemukakan pemikirannya, dan Rasulullah pun menerimanya dengan rela serta sedar, dan ternyata dalam pemikiran Ummu Salamah terdapat kebaikan dan berkah.

Mereka, yang merendahkan wanita itu, juga sering menisbatkan kepada perkataan Ali bin Abi Thalib bahawa "Wanita itu jelek segala-galanya, dan segala kejelekan itu berpangkal dari wanita." Perkataan ini tidak dapat diterima sama sekali; ia bukan dari logika Islam, dan bukan dari nas.

Bagaimana bisa terjadi diskriminasi seperti itu, sedangkan Al-Quran selalu menyejajarkan muslim dengan muslimah, wanita beriman dengan laki-laki beriman, wanita yang taat dengan laki-laki yang taat, dan seterusnya, sebagaimana disinyalir dalam Kitab Allah.

Mereka juga mengatakan bahawa suara wanita itu aurat, kerananya tidak boleh wanita berkata-kata kepada laki-laki selain suami atau mahramnya. Sebab, suara dengan tabiatnya yang merdu dapat menimbulkan fitnah dan membangkitkan syahwat. Ketika kami tanyakan dalil yang dapat dijadikan acuan dan sandaran, mereka tidak dapat menunjukkannya.

Apakah mereka tidak tahu bahawa Al-Quran memperbolehkan laki-laki bertanya kepada isteri-isteri Nabi SAW dari balik tabir? Bukankah isteri-isteri Nabi itu mendapatkan tugas dan tanggungjawab yang lebih berat daripada isteri-isteri yang lain, sehingga ada beberapa perkara yang diharamkan kepada mereka yang tidak diharamkan kepada selain mereka? Namun demikian, Allah berfirman, “Apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (isteri-isteri Nabi), maka mintalah dari belakang tabir ...” (Surah al-Ahzab [033], ayat 53)

Permintaan atau pertanyaan (dari para sahabat) itu sudah tentu memerlukan jawapan dari Ummahatul Mukminin (ibunya kaum mukmin: isteri-isteri Nabi). Mereka biasa memberi fatwa kepada orang yang meminta fatwa kepada mereka, dan meriwayatkan hadis-hadis bagi orang yang ingin mengambil hadis mereka.

Pernah ada seorang wanita bertanya kepada Nabi SAW di hadapan kaum laki-laki. Ia tidak merasa keberatan melakukan hal itu, dan Nabi pun tidak melarangnya.

Dan pernah ada seorang wanita yang menyangkal pendapat Umar ketika Umar sedang berpidato di atas mimbar. Atas sanggahan itu, Umar tidak mengingkarinya, bahkan ia mengakui kebenaran wanita tersebut dan mengakui kesalahannya sendiri seraya berkata, “Semua orang (bisa) lebih mengerti daripada Umar.”

Kita juga mengetahui seorang wanita muda, puteri seorang syeikh yang sudah tua (Nabi Syu'aib; ed.) yang berkata kepada Musa, sebagai dikisahkan dalam Al-Quran, “...Sesungguhnya bapakku memanggil kamu agar ia memberi balasan terhadap (kebaikan)-mu memberi minum (ternak) kami ...” (Surah al-Qashash [028], ayat 25)

Sebelum itu, wanita tersebut dan saudara perempuannya juga berkata kepada Musa ketika Musa bertanya kepada mereka:

“... Apakah maksudmu (dengan berbuat begitu)? Kedua wanita itu menjawab, 'Kami tidak dapat meminumkan (ternak kami), sebelum penggembala-penggembala itu memulangkan (ternaknya), sedangkan bapak kami adalah orang tua yang telah lanjut usianya.” (Surah al-Qashash [028], ayat 23)

Selanjutnya, Al-Quran juga menceritakan kepada kita percakapan yang terjadi antara Nabi Sulaiman a.s. dengan Ratu Saba, serta percakapan sang Ratu dengan kaumnya yang laki-laki.

Begitu pula peraturan (syariat) bagi nabi-nabi sebelum kita menjadi peraturan kita selama peraturan kita tidak menghapuskannya, sebagaimana pendapat yang terpilih.

Yang dilarang bagi wanita ialah melunakkan pembicaraan untuk menarik laki-laki, yang oleh Al-Quran diistilahkan dengan al-khudhu bil-qaul (tunduk /lunak/memikat dalam berbicara), sebagaimana disebutkan dalam firman Allah, “Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik.” (Surah al-Ahzab [033], ayat 32)

Allah melarang khudhu, yakni cara bicara yang bisa membangkitkan nafsu orang-orang yang hatinya ‘berpenyakit’. Namun, dengan ini bukan bererti Allah melarang semua pembicaraan wanita dengan setiap laki-laki. Perhatikan hujung ayat dari surah di atas, “…dan ucapkanlah perkataan yang baik.”

Orang-orang yang merendahkan wanita itu sering memahami hadis dengan salah. Hadis-hadis yang mereka sampaikan antara lain yang diriwayatkan Imam Bukhari bahawa Nabi SAW bersabda, “Tidaklah aku tinggalkan sesudahku suatu fitnah yang lebih membahayakan bagi laki-laki daripada (fitnah) wanita.”

Mereka telah salah faham. Kata fitnah dalam hadis di atas mereka ertikan dengan “wanita itu jelek dan merupakan azab, ancaman, atau musibah yang ditimpakan manusia seperti ditimpa kemiskinan, penyakit, kelaparan, dan ketakutan.” Mereka melupakan suatu masalah yang penting, iaitu bahawa manusia difitnah (diuji) dengan kenikmatan lebih banyak daripada diuji dengan musibah.

Allah berfirman, “... Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya) ....” (Surah al-Anbiyaa [021], ayat 35)

Al-Quran juga menyebutkan harta dan anak-anak - yang merupakan kenikmatan hidup dunia dan perhiasannya - sebagai fitnah yang harus diwaspadai, sebagaimana firman Allah, “Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cobaan (bagimu)...” (Surah at-Taghaabun [064], ayat 15)

“Dan ketahuilah bahawa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cobaan ...” (Surah al-Anfaal [008], ayat 28)

Fitnah harta dan anak-anak itu ialah kadang-kadang harta atau anak-anak melalaikan manusia dari kewajiban kepada Tuhannya dan melupakan akhirat. Dalam hal ini Allah berfirman, “Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barangsiapa yang membuat demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.” (Surah al-Munaafiquun [064], ayat 9)

Sebagaimana dikhawatirkan manusia akan terfitnah oleh harta dan anak-anak, mereka pun dikhawatirkan terfitnah oleh wanita, terfitnah oleh isteri-isteri mereka yang menghambat dan menghalangi mereka dari perjuangan, dan menyibukkan mereka dengan kepentingan-kepentingan khusus (peribadi/keluarga) dan melalaikan mereka dari kepentingan-kepentingan umum.
Mengenai hal ini Al-Quran memperingatkan, “Hai orang-orang beriman, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka; dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ...” (Surah at-Taghaabuun [064], ayat 14)

Wanita-wanita itu menjadi fitnah apabila mereka menjadi alat untuk membangkitkan nafsu dan syahwat serta menyalakan api keinginan dalam hati kaum laki-laki. Ini merupakan bahaya sangat besar yang dikhawatirkan dapat menghancurkan akhlak, mengotori harga diri, dan menjadikan keluarga berantakan serta masyarakat rosak.

Peringatan untuk berhati-hati terhadap wanita di sini seperti peringatan untuk berhati-hati terhadap kenikmatan harta, kemakmuran, dan kesenangan hidup, sebagaimana disebutkan dalam hadis sahih, “Demi Allah, bukan kemiskinan yang aku takutkan atas kamu, tetapi yang aku takutkan ialah dilimpahkan (kekayaan) dunia untuk kamu sebagaimana dilimpahkan untuk orang-orang sebelum kamu, lantas kamu memperebutkannya sebagaimana mereka dahulu berlumba-lumba memperebutkannya, lantas kamu binasa kerananya sebagaimana mereka dahulu binasa kerananya.” (Muttafaq alaih dari hadis Amr bin Auf al-Anshari)

Dari hadis ini tidak bererti bahawa Rasulullah SAW hendak menyebarkan kemiskinan, tetapi baginda justeru memohon perlindungan kepada Allah dari kemiskinan itu, dan mendampingkan kemiskinan dengan kekafiran. Juga tidak bererti bahawa baginda tidak menyukai umatnya mendapatkan kelimpahan dan kemakmuran harta, kerana baginda sendiri pernah bersabda, “Bagus nian harta yang baik bagi orang yang baik.” (Hadis riwayat Ahmad 4:197 dan 202, dan Hakim dalam al-Mustadrak 2:2, dan Hakim mengesahkannya menurut syarat Muslim, dan komentar Hakim ini disetujui oleh adz-Dzahabi)

Dengan hadis di atas, Rasulullah SAW hanya menyalakan lampu merah bagi peribadi dan masyarakat muslim di jalan (kehidupan) yang licin dan berbahaya agar kaki mereka tidak terpeleset dan terjatuh ke dalam jurang tanpa mereka sedari.

Sumber : BicaraMuslim.com